nasi goreng udang kering

Setiap kali dapat bau harum Nasi Goreng Udang Kering yang ditumis panas-panas di dapur, memang tak tahan dibuatnya. Silap-silap, perut yang tak lapar pun boleh berbunyi.

Selama ini ramai yang guna pes segera untuk buat nasi goreng, tapi kali ini anda boleh cuba kelainan dengan buat sendiri pes nasi goreng di rumah yang padu rasanya.

Nina Salleh telah tunjukkan langkah demi langkah di Facebook tentang resipi Nasi Goreng Udang Kering yang dibuat dengan menggunakan pes buatan sendiri. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Buat Nasi Goreng Sedap Macam Dekat Kedai, Hasil Jadi Berderai Cantik!

RESIPI NASI GORENG UDANG KERING

nasi goreng udang kering

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk pes:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 cili kering untuk warna (jika suka pedas pun boleh letak yang jenis keriting)
  • 3 sudu besar udang kering

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar semua bahan untuk pes sampai lumat.

2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan naik bau serta kacau selalu supaya tak hangit.

3. Selepas itu, masukkan lauk pauk pilihan masing-masing.

4. Kemudian, masukkan sayur dan telur.

5. Seterusnya, kacau sampai sebati dan perasakan dengan garam. Boleh juga guna perasa pilihan.

6. Akhir sekali, gaul sebati dengan nasi sejuk tadi. Siap untuk dihidang!

Jika nak pes tahan lama, anda perlu tumis sampai betul-betul pecah minyak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Setelah letak dalam peti sejuk, ia boleh tahan seminggu.

Selamat mencuba!

Sumber: Nina Salleh

Baca juga: Nasi Goreng Simple Tanpa Perencah Segera, Makan Sampai Bertambah Pinggan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending