
Pernah ada nasi semalam yang tak habis dan tertanya-tanya nak buat apa? Jangan dibuang kerana nasi lebihan ini sebenarnya boleh diolah menjadi cekodok nasi yang sedap.
Dengan resipi cekodok nasi ini, nasi semalam boleh bertukar menjadi cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Paling menarik, rasanya cukup sedap hingga anak-anak makan tanpa perlu dipaksa.
Resipi cekodok nasi yang dikongsi oleh Rozie Abd Rahim ini mudah, fleksibel dan sering cepat habis kerana teksturnya yang lembut serta rasanya yang lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Cekodok Pisang Sedap, Ini Cara Nak Buat Bagi Rangup Dan Garing Elok
RESIPI CEKODOK NASI

Bahan-bahan:
- 1 cawan nasi
- 1 cawan air suam (untuk kisar nasi)
- 3–4 sudu besar ikan bilis (ditumbuk kasar)
- 1 sudu besar udang kering (ditumbuk kasar)
- Ubi kentang (dipotong dadu kecil)
- Lobak merah (dipotong dadu kecil)
- Jagung (dipotong kecil)
- Fish cake atau sosej (dipotong dadu kecil)
- Daun bawang (dihiris halus)
- Bawang besar (dicincang)
- Cili merah (pilih salah satu):
– Cincang atau potong dadu
– Cili kisar
– Serbuk cili - 1 biji telur
- ½ kiub ikan bilis atau serbuk pati ayam (pilihan)
- ½ sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar tepung beras
- ½ sudu kecil garam (atau ikut citarasa)
- 1 cawan tepung gandum
Cara-cara memasak:
1. Kisar nasi bersama air suam sehingga menjadi kisaran halus.
2. Masukkan kisaran nasi ke dalam bekas besar.
3. Campurkan semua bahan lain dan gaul sebati.
4. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair dan mudah dijemput dengan jari.
5. Rehatkan adunan selama 10 hingga 20 minit sebelum menggoreng.
6. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
7. Jemput adunan menggunakan hujung jari dan tolak dengan ibu jari.
8. Goreng hingga kuning keemasan atau keperangan.
9. Angkat dan toskan minyak.
Tips supaya cekodok nasi jadi lebih sedap:
- Untuk cekodok bulat cantik, jemput guna hujung jari sahaja
- Boleh guna sudu jika tak biasa jemput dengan tangan
- Jangan goreng dengan api terlalu besar supaya bahagian dalam masak sempurna
- Tepung beras membantu cekodok jadi lebih rangup
Semoga bermanfaat!
Sumber: Rozie Abd Rahim
Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Simple, Tetap Rangup Di Luar & Lembut Berongga Di Dalam
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














