
Cekodok bukan saja mudah dibuat, malah membawa memori zaman kanak-kanak. Lebih-lebih lagi jika dapat buat resepi Cekodok Pisang sedap ini, hasilnya cukup rangup dimakan.
Cekodok Pisang ialah sejenis kuih tradisional Melayu diperbuat daripada pisang yang dilenyek dan dicampur dengan bahan asas seperti tepung gandum, gula dan sedikit garam, lalu digoreng sehingga keemasan.
Faizah Abdul Rashid telah kongsikan resepi Cekodok Pisang sedap di Facebook dengan hasil yang rangup dengan menggunakan bahan mudah saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Simple, Tetap Rangup Di Luar & Lembut Berongga Di Dalam
RESEPI CEKODOK PISANG SEDAP

Bahan-bahan:
- 5 biji pisang bersaiz besar (Jika pisang bersaiz kecil, guna dalam 8 hingga 10 biji)
- 2 sudu makan marjerin
- 5 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan tepung gandum
Cara-cara membuat:
1. Kupas dan lenyekkan pisang bersama gula, marjerin, soda bikarbonat dan garam. Kacau sampai semua bahan bercampur sebati.
2. Selepas sebati, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul sampai jadi adunan yang pekat, tak terlalu cair dan tak terlalu keras.
3. Rehatkan adunan selama 10 hingga 15 minit.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan guna api perlahan. Ambil satu sudu adunan dan jemputkan ke dalam minyak panas. Goreng sampai keemasan dan bahagian luar jadi rangup.
Setelah buat resepi Cekodok Pisang ini, anda akan dapat rasa manis pisang, aroma marjerin, ditambah pula dengan bahagian luar yang rangupnya sempurna.
Selamat mencuba!
Sumber: Faizah Abdul Rashid
Baca juga: Cekodok Pisang Simple, Bau Wangi Lepas Goreng Terus Teringat Suasana Dapur Nenek!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














