cekodok simple

Tak dinafikan memang seronok jika dapat tahu resipi rahsia, lebih-lebih lagi daripada ibu mentua sendiri. Kali ini, kami nak kongsikan cara buat cekodok simple tapi sedap teramat.

Cekodok sering dijadikan sebagai hidangan sewaktu sarapan dan minum petang di rumah. Jika makan sementara masih panas, memang nikmat tak terhingga.

Elly Melur telah kongsikan resipi cekodok simple di Facebook yang diajar oleh ibu mertuanya dengan langkah demi langkah yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

RESIPI CEKODOK SIMPLE

cekodok simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan lebih kurang 4 hingga 5 sudu tepung gandum ke dalam bekas.

2. Selepas itu, curah air panas yang menggelegak dalam tepung tadi secara perlahan-lahan.

3. Kemudian, cepat-cepat kacau dengan sudu sambil campur air biasa sampai sebati.

4. Setelah rupanya jadi seperti kanji (lebih kurang seperti nestum bayi segera selepas dibancuh), masukkan garam.

cekodok simple

5. Seterusnya, boleh mula buat bancuhan dengan mencurah tepung mengikut berapa banyak cekodok yang nak dibuat.

6. Selepas itu, masukkan daun kucai yang halus supaya baunya lebih wangi nanti.

7. Kemudian, masukkan ikan bilis (boleh saja masukkan bahan lain mengikut citarasa masing-masing).

8. Kacau sebati dan masukkan air biasa, kemudian bancuh sampai jadi tak pekat sangat dan tak terlalu cair (lebih kurang doh yang senang dijemput sebab nak bagi bentuk bulat-bulat).

9. Panaskan minyak dan jemputkan ke dalam kuali (pastikan masa mula-mula nak jemput itu, basahkan tangan, tolak doh masuk dalam guna ibu jari).

10. Akhir sekali, kaup balik dengan sudip dalam kuali sampai masak kekuningan, angkat dan toskan. Siap!

Nama saja cekodok simple, namun hasilnya rangup di luar dan lembut berongga di dalam memang memuaskan. Jika makan dengan sos pencicah, lebih bertambah kelazatannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Elly Melur

Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Rangup, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN