Categories: Resipi

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan. Dengan anggaran 175 kcal bagi setiap hidangan, resipi ini boleh membantu anda mengawal pengambilan kalori tanpa perlu berkorban dengan tidak makan masakan enak-enak di rumah.

Bagi yang sedang berdiet, tidak semestinya perlu bergantung pada salad atau makanan yang terlalu berbeza daripada menu harian. Masakan sendiri dengan penggunaan minyak yang sederhana juga boleh menjadi pilihan untuk pemakanan yang lebih seimbang.

Gabungan peria dan telur menghasilkan lauk ringkas yang tetap mengenyangkan. Sesuai dinikmati untuk makan tengah hari atau malam bagi mereka yang mahu menjaga kalori tetapi masih menggemari masakan sendiri.

Baca juga: Ada Lebihan Sayur Dalam Peti Ais? Cuba Resipi Sayur Goreng Campur Bebola Daging Ini!

RESIPI PERIA TUMIS TELUR

Bahan-bahan:

  • 2 biji peria sederhana
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukupnya
  • Cili merah dihiris
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

  1. Belah peria kepada dua bahagian dan buang bahagian tengah serta bijinya. Hiris nipis mengikut kesukaan.
  2. Gaulkan peria bersama sedikit garam dan biarkan seketika untuk membantu mengurangkan rasa pahit. Kemudian, bilas hingga bersih dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sehingga telur mula masak.
  5. Masukkan hirisan peria dan gaul rata bersama telur.
  6. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya. Tambahkan hirisan cili merah untuk memberikan sedikit warna.
  7. Tuangkan sedikit air, tutup kuali dan biarkan masak selama 6–7 minit sehingga peria menjadi lembut.
  8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Nota: Jika ingin mengurangkan rasa pahit peria dengan lebih ketara, gaulkan peria bersama garam dan basuh lebih lama sebelum dibilas hingga bersih. Lagi lama digaul dan dibasuh, lebih banyak rasa pahit dapat dikurangkan. 

Sumber: Threads @bakerymaison2

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Cantik Dan Tak Layu!

Izzati

Recent Posts

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

36 minutes ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

45 minutes ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

45 minutes ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

2 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

4 hours ago

Gebu & Mengenyangkan! Resipi Roti Sosej Gulung Homemade, Sedap Dimakan Panas-Panas

Resepi roti sosej gulung ini sesuai dijadikan pilihan sarapan pagi yang mengenyangkan untuk seisi keluarga.…

5 hours ago