Buah salak atau lebih dikenali sebagai snake fruit kerana kulitnya yang bersisik, sebenarnya antara buah tropika yang semakin sukar ditemui di pasar.
Tapi kalau terjumpa, ramai yang tak berani beli sebab tak pasti cara nak pilih yang elok. Silap pilih, risau dapat yang pahit, berair atau kecut isinya.
Sayang kalau tak tahu cara nak pilih buah salak yang elok, sebab pilih yang betul, rasanya memang sedap. Isinya manis, rangup dan ada rasa kelat yang menyegarkan.
Kalau anda teringin nak cuba atau dah lama tak makan, berikut beberapa tip mudah untuk pilih buah salak yang berkualiti.
Baca juga: Cara Pilih Buah Ciku Yang Betul-Betul Manis, Baru Tak Kelat & Berbiji Keras!
1. Pilih Yang Kulitnya Kering & Berkilat
Elakkan buah salak yang kulitnya nampak lembap, pudar atau berkulat. Kulit yang elok biasanya kering, keras sedikit dan ada kilauan semula jadi. Ini tanda buah masih segar dan belum terlalu lama dipetik.
2. Tekan Perlahan
Cuba tekan buah dengan ibu jari dan jari telunjuk. Buah yang bagus akan rasa padat dan pejal, bukan lembik atau terlalu lembut. Kalau terlalu keras macam batu pun tak elok, itu tanda ia belum masak.
3. Pilih Yang Saiz Sederhana & Bentuk Bulat Padat
Buah salak yang saiznya sederhana dan bentuk bulat selalunya ada isi yang lebih banyak dan padat. Elakkan yang terlalu kecil atau runcing, kerana isinya mungkin sedikit atau belum matang sepenuhnya.
4. Bau Aroma Sedikit Wangi
Kalau anda menghidu dengan dekat, buah yang masak biasanya ada bau manis dan sedikit masam. Kalau tak ada bau langsung atau bau busuk, itu tanda ia dah rosak atau belum cukup matang.
5. Goncang Perlahan
Pegang dan goncang perlahan buah. Kalau terasa ada bunyi “kocak” atau isi bergerak dalam kulit, kemungkinan besar isinya dah kecut atau busuk di dalam.
Baca juga: Petua Daun Kari Tahan Lama & Wangi Macam Baru Petik, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…