daun kari

Ramai yang bila balik dari kampung, pasti akan petik daun kari dari pokok mak ayah untuk dibawa pulang ke rumah. Bukan kerana tak ada jual di bandar, di Kuala Lumpur pun memang banyak pasar yang menjualnya. Tapi lain rasanya bila dapat bawa balik hasil dari pokok sendiri.

Supaya tak membazir dan daun tak cepat layu, ada cara mudah yang boleh dibuat di rumah untuk pastikan daun kari kekal elok walaupun dah berbulan-bulan dalam peti sejuk. Petua ini juga boleh digunakan untuk daun limau purut dan herba lain yang mudah kering.

Baca juga: Ini Cara Betul Simpan Tepung Supaya Tak Masuk Bubuk, Tahan Lama & Tak Rosak!

PETUA SIMPAN DAUN KARI AGAR TAHAN LAMA

Berikut merupakan tips simpan daun kari agar tahan lama dan kekal berbau wangi:

  1. Cuci daun terlebih dahulu hingga bersih.
  2. Lap daun guna tisu dapur sampai betul-betul kering.
  3. Balut daun yang telah kering dengan surat khabar.
  4. Simpan dalam peti sejuk selama seminggu.
  5. Selepas seminggu, buka balutan. Daun akan jadi kering seperti daun herba kering, tapi masih mengekalkan warna hijau.
  6. Simpan daun dalam botol bersih (sebaiknya guna botol kaca terpakai seperti botol sos spaghetti).

Sumber petua: Cik Rain

Baca juga: Petua Mak-Mak Simpan Rebung Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Masih Elok & Tak Masam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN