Categories: InformasiTips & Petua

Santan Segar VS Santan Kotak, Ini Panduan Memasak Ikut Jenis Lauk, Jangan Salah Guna!

Sebut tentang santan, terbayang aroma masakan lemak berkrim yang menyelerakan. Tapi nak pilih antara santan segar atau kotak, sebenarnya ada cara yang betul ikut jenis masakan.

Persoalan ini selalu timbul terutama apabila mengejar masa atau nak jimat kos. Ramai yang fikir kedua-duanya sama saja asalkan ada rasa lemak, tapi setiap jenis ada fungsi tersendiri.

Jadi, kami kongsikan panduan mudah iaitu bila waktu terbaik nak guna santan segar, bila masa sesuai pakai santan kotak dan lauk apa yang lebih sedap apabila guna salah satu daripadanya.

Baca juga: Cili Boh VS Serbuk Cili, Mana Satu Yang Lebih Bagus Dan Tahan Lama?

BEZA GUNA SANTAN SEGAR ATAU KOTAK DALAM MASAKAN

SANTAN SEGAR

  • Perahan kelapa 100% asli tanpa bahan tambahan.
  • Rasa lebih lemak dan aromanya lebih wangi.
  • Tiada pengawet, lebih sihat.
  • Boleh simpan 2 hingga 3 hari dalam peti sejuk.
  • Mudah basi jika tak disimpan dengan betul.

SANTAN KOTAK

Kredit gambar: MaisarahMahmud dari X

  • Ada tambahan perasa dan pengawet.
  • Rasa kurang lemak berbanding santan asli.
  • Tahan lama dan mudah disimpan.
  • Sesuai untuk kecemasan.
  • Jimat masa tapi mahal sikit.

BILA MASA SESUAI UNTUK GUNA?

Santan segar sangat sesuai apabila masakan itu perlukan:

  • Rasa kelapa yang kuat dan asli.
  • Tekstur pekat berkrim.
  • Aroma wangi yang naik dari santan itu sendiri.

Contoh lauk sesuai guna santan segar:

  • Rendang.
  • Gulai lemak cili api.
  • Masak lemak daging salai.
  • Pengat pisang, pengat labu.
  • Kuih tradisional (seri muka, kuih lompang, talam, onde-onde).

Santan kotak pula lebih praktikal dan jimat masa, sesuai untuk:

  • Masakan harian yang ringkas.
  • Resipi kuah yang tak terlalu pekat.
  • Keadaan terdesak atau dapur kecil.

Contoh lauk sesuai guna santan kotak:

  • Kari ayam atau ikan.
  • Masak kurma.
  • Nasi lemak ekspres.
  • Bubur lemak.
  • Sup labu, sup cendawan berkrim versi pantas.
  • Kuih moden seperti puding santan atau agar-agar.

TIPS GUNA SANTAN SEGAR DAN SANTAN KOTAK

Tips guna santan segar:

  • Kacau selalu untuk mengelakkan pecah minyak.
  • Guna api sederhana atau perlahan.
  • Masukkan akhir sekali supaya tak pecah atau berketul.
  • Wajib guna segera supaya rasa asli tak hilang.
  • Tapis dulu supaya hasil masakan lebih halus.

Tips guna santan kotak:

  • Goncang dulu sebelum buka kerana santan kadangkala mendap.
  • Boleh masak lebih awal kerana teksturnya stabil dan kurang risiko pecah.
  • Campur air ikut kesesuaian supaya tak terlalu pekat.
  • Simpan dalam peti sejuk selepas buka, boleh guna dalam 3 hari.
  • Periksa bahan tambahan, pilih jenama yang guna bahan semula jadi.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: MaisarahMahmud dari X

Sumber: ResipiKita.com

Baca juga: Beza Matcha Dan Green Tea, Mana Yang Lebih Sihat Untuk Minum Sebenarnya?

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago