buah salak

Buah salak atau lebih dikenali sebagai snake fruit kerana kulitnya yang bersisik, sebenarnya antara buah tropika yang semakin sukar ditemui di pasar.

Tapi kalau terjumpa, ramai yang tak berani beli sebab tak pasti cara nak pilih yang elok. Silap pilih, risau dapat yang pahit, berair atau kecut isinya.

Sayang kalau tak tahu cara nak pilih buah salak yang elok, sebab pilih yang betul, rasanya memang sedap. Isinya manis, rangup dan ada rasa kelat yang menyegarkan.

Kalau anda teringin nak cuba atau dah lama tak makan, berikut beberapa tip mudah untuk pilih buah salak yang berkualiti.

Baca juga: Cara Pilih Buah Ciku Yang Betul-Betul Manis, Baru Tak Kelat & Berbiji Keras!

Cara Pilih Buah Salak Yang Elok & Manis

buah salak

1. Pilih Yang Kulitnya Kering & Berkilat

Elakkan buah salak yang kulitnya nampak lembap, pudar atau berkulat. Kulit yang elok biasanya kering, keras sedikit dan ada kilauan semula jadi. Ini tanda buah masih segar dan belum terlalu lama dipetik.

2. Tekan Perlahan 

Cuba tekan buah dengan ibu jari dan jari telunjuk. Buah yang bagus akan rasa padat dan pejal, bukan lembik atau terlalu lembut. Kalau terlalu keras macam batu pun tak elok, itu tanda ia belum masak.

3. Pilih Yang Saiz Sederhana & Bentuk Bulat Padat

Buah salak yang saiznya sederhana dan bentuk bulat selalunya ada isi yang lebih banyak dan padat. Elakkan yang terlalu kecil atau runcing, kerana isinya mungkin sedikit atau belum matang sepenuhnya.

4. Bau Aroma Sedikit Wangi

Kalau anda menghidu dengan dekat, buah yang masak biasanya ada bau manis dan sedikit masam. Kalau tak ada bau langsung atau bau busuk, itu tanda ia dah rosak atau belum cukup matang.

5. Goncang Perlahan

Pegang dan goncang perlahan buah. Kalau terasa ada bunyi “kocak” atau isi bergerak dalam kulit, kemungkinan besar isinya dah kecut atau busuk di dalam.

Baca juga: Petua Daun Kari Tahan Lama & Wangi Macam Baru Petik, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN