
Buah ciku dengan isinya yang lembut dan rasa manis seperti karamel, memang jadi kegemaran ramai. Tapi, tak semua ciku yang nampak cantik di luar itu sedap bila dimakan.
Ada yang masih kelat walaupun nampak masak, ada pula yang bijinya besar tapi isi sikit atau terlalu lembik dan hampir busuk.
Kalau anda pernah kecewa beli ciku yang kelat atau berbiji keras, ini tip penting yang boleh bantu anda pilih buah ciku yang manis, lemak dan cukup masak.
Baca juga: Tip Elak Terbeli Buah Oren Masam, Ini Cara Pilih Yang Betul-Betul Manis!
CARA PILIH BUAH CIKU MANIS

1. Pilih Ciku Yang Kulitnya Coklat Muda & Tidak Berkilat
Buah ciku yang matang dan manis biasanya mempunyai kulit coklat muda, sedikit kusam dan tidak terlalu licin. Elakkan buah yang terlalu berkilat atau masih hijau kehijauan, itu tanda belum cukup masak dan berisiko kelat bila dimakan.
2. Tekan Perlahan Bahagian Atas Buah
Gunakan ibu jari dan tekan perlahan bahagian atas atau hujung buah. Jika terasa sedikit lembut (tapi tak lembik), itu tanda ciku sudah elok untuk dimakan. Ciku yang masih keras bermakna belum masak, manakala yang terlalu lembik pula mungkin sudah terlebih masak atau busuk di dalam.
3. Perhatikan Saiz & Bentuk Buah
Pilih buah ciku yang berbentuk lonjong sedikit dan berisi padat, biasanya buah begini mempunyai lebih banyak isi dan bijinya lebih kecil atau tidak terlalu banyak. Elakkan buah yang terlalu kecil, kerana selalunya biji lebih dominan berbanding isi.
4. Tengok Kesan ‘Debu’ Asli Pada Kulit
Ciku matang biasanya ada sedikit lapisan serbuk halus seperti debu pada kulitnya. Ini bukan kotoran, tapi tanda buah baru dipetik dan belum dicuci. Jika kulitnya terlalu licin dan nampak macam dah diproses, mungkin ia telah lama dipetik dan sudah mula kehilangan rasa manis.
5. Jangan Ambil Buah Yang Mempunyai Tompok Hitam Lembik
Kalau nampak tompok hitam atau kesan lebam yang bila ditekan terasa terlalu lembik, itu mungkin tanda ciku sudah mula rosak atau terlalu lama disimpan. Baik dielakkan kerana tekstur dalamnya mungkin berubah dan rasanya jadi tak sedap.
6. Kalau Beli Yang Belum Masak, Peram Cara Betul
Kalau anda beli ciku mentah, boleh peram dalam bekas tertutup bersama pisang untuk bantu ia cepat masak. Jangan letak dalam peti sejuk sebelum masak sepenuhnya, nanti buah jadi keras dan tak elok bila dipotong.
Sumber: Rose Ramli
Baca juga: Jangan Tersalah Beli, Ini Cara Pilih Buah Belimbing Yang Manis & Banyak Air
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














