Sotong Kam Heong

Ada sotong dalam peti tapi tak tahu nak masak apa? Jom cuba Resipi Sotong Kam Heong yang mudah dan sedap ini.

Kalau tak ada sotong, ganti dengan ayam, lala atau udang pun boleh. Rasa sedap tetap sama. Ikut saja resipi di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Sotong Kam Heong

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar udang kering – cincang halus
  • 3 ulas bawang putih ( dalam gambar 6 sebab kecil) – cincang halus
  • 1 biji bawang besar/holland – cincang halus
  • 2 inci halia – cincang halus
  • 6 biji cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit daun sup untuk hiasan
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • 3 ekor sotong

Bahan-bahan pes:

  • 2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap

Campur je semua bahan dalam satu mangkuk

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus.

Dah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holland.

2. Masukkan cili api.

3. Bila dah naik bau harum semerbak, tuangkan campuran bahan pes. Kacau rata.

4. Masak sampai pecah minyak.

Sotong Kam Heong

5. Masukkan 1 cawan air. Kacau lagi.

Sotong Kam Heong

6. Masukkan sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat.

Sotong Kam Heong

7. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut selera.

8. Akhir sekali taburkan daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa.

Sotong Kam Heong

9. Dah siap, selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN