Sekiranya anda dari Pantai Timur sudah pasti menu ini menjadi makanan kegemaran semua. Kini, buat anda yang menetap di luar kawasan Pantai Timur juga boleh mencubanya sendiri di rumah dengan resepi turun-temurun yang mudah ini. Boleh dijadikan hidangan untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Jom cuba resepi Mi Calong yang dikongsikan oleh Aziah Abu Hanifah di Facebook.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

MI CALONG

Sekiranya anda dari Pantai Timur sudah pasti menu ini menjadi makanan kegemaran semua. Kini, buat anda yang menetap di luar kawasan Pantai Timur juga boleh mencubanya sendiri di rumah dengan resepi turun-temurun yang mudah ini. Boleh dijadikan hidangan untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Jom cuba resepi Mi Calong yang dikongsikan oleh Aziah Abu Hanifah di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 3 Ulas bawang putih

  • 5 Ulas bawang merah

  • Bebola ikan yang dibuat sendiri

  • Keropok keping

  • Sebungkus mee lidi

  • Sawi

  • Ikan selayang

  • 1 sudu lada hitam

  • Kicap

  • Air secukupnya

  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • Ambil isi ikan selayang. Buang tulang.

  • Kisar isi ikan selayang hingga lumat.

  • Bentukkan isi ikan tadi menjadi bebola kecil.

  • Rebus bebola ikan dalam air mendidih.

  • Apabila bebola ikan timbul angkat dan toskan.

  • Kisar hingga lumat bawang putih, bawang merah dan lada hitam.

  • Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.

  • Masukkan air separuh periuk. Ini untuk kuah supnya. Jadi terpulang banyak mana ikut suka.

  • Masukkan satu senduk kicap. Biarkan sehingga mendidih.

  • Masukkan mi lidi dan keropok keping yang telah dipatahkan. Biarkan sehingga mendidih. Apabila mi lidi telah lembut perasakan dengan garam.

  • Masukkan bebola ikan yang dibuat tadi. Biarkan seketika.

  • Akhir sekali masukkan sawi. Kacau rata dan siap.

  • Siap untuk dimakan. Pasti puas hati.

TIPS

Tiada

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.