roti boy

Jika suka makan ‘Roti Boy’ mak-mak boleh buat sendiri di rumah. Memang sedap semerbak bau kopi dan rasanya pula lemak-lemak manis.

Nak buat pun mudah, guna sukatan cawan je, tak perlu nak timbang guna alat penimbang. Sesuai buat untuk minum petang untuk keluarga.

Baca juga: Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee, Guna 3 Bahan Ini

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ida Zaida ini.

Resipi Roti Boy Cara Mudah

Bahan A:

1/4 cawan Air sejuk
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu)
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu butter

Bahan B: Topping

1 sudu butter
4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe(saya guna 3in1)
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung

Cara Membuat (Doh Roti):

1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.

2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).

3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.

4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing.

Bahagian topping:

1. Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.

Siap untuk dihidang dan selamat mencuba~

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN