Cara goreng ayam rangup ini hanya memerlukan 3 bahan yang mudah didapati. Dengan bahan-bahan ini sahaja, anda sudah boleh menghasilkan ayam goreng ‘crispy’ seakan-akan yang dibeli di kedai.
Jika untuk makan ramai, memang lebih berbaloi membuatnya sendiri kerana lebih jimat. Jadi, jika ada jamuan di sekolah atau tempat kerja, anda boleh memilih ayam goreng ini sebagai hidangan. Bosan juga kan asyik bawa kuih-muih dan pencuci mulut sahaja.
Baca juga: Resipi Ayam Halia Paling Cepat, Sekali Buat Pasti Nak ‘Repeat’
CARA GORENG AYAM RANGUP
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tepung bestari (lebihkan)
- Tepung gandum
- Air
Cara-cara penyediaannya:
- Mulakan dengan memerap ayam bersama tepung bestari dan sedikit air. Perap selama 30 minit supaya perisa meresap dalam ayam.
- Selepas ayam diperap, salutkan ayam dengan campuran tepung bestari dan tepung gandum.
- Setelah ayam disalut dengan tepung, rendam ayam dalam air seketika sekitar 20 saat.
- Untuk mendapatkan lapisan tepung yang lebih tebal dan rangup, salut ayam dengan tepung kering sekali lagi.
- Kemudian kibas-kibas ayam untuk membuang lebihan tepung yang tidak diperlukan. Ini akan menghasilkan ayam yang lebih garing dan sedap apabila digoreng.
- Goreng ayam dengan minyak yang cukup banyak supaya ayam tenggelam dalam minyak semasa proses menggoreng
- Gunakan periuk yang agak kecil supaya minyak dapat dipanaskan dengan lebih sekata dan ayam boleh digoreng dengan baik.
- Goreng ayam selama kira-kira 8-10 minit atau sehingga ayam berwarna keemasan dan rangup. Pastikan ayam masak sempurna di dalam dan luar.
- Setelah selesai, angkat ayam dan toskan minyak terlebih dahulu.
Kredit resipi dan gambar: Hazwani Abd Razak
Baca juga: Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek!