kulit ayam goreng

Ada peminat kulit ayam goreng di sini? Memang nikmat dapat makan kulit ayam yang baru siap digoreng. Rangup macam kerepek, memang sedap!

Rupanya masih ramai yang tak tahu bagaimana cara menggoreng kulit ayam yang rangup. Tak perlu teknik yang susah pun.

Nak tahu caranya? Jom lihat perkongsian oleh seorang pengguna laman muka buku yang bernama Rizal Kitchen di bawah.

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!

RESEPI KULIT AYAM GORENG RANGUP

kulit ayam goreng

Berikut merupakan resepi kulit ayam yang rangup:

1. Cuci kulit ayam sehingga bersih. Kemudian potong kecil, jangan potong besar.

2. Selepas siap dipotong, letakkan kulit ayam di dalam satu mangkuk besar.

3. Letakkan sedikit ajinomoto, garam, cili boh, kicap, tepung jagung dan serbuk kunyit.

4. Kemudian, gaul kulit ayam bersama bahan-bahan yang diletakkan tadi sehingga sebati.

5. Panaskan minyak masak di dalam kuali.

6. Apabila minyak sudah panas, masukkan kulit ayam satu persatu ke dalam minyak dan masak sehingga garing.

7. Jika kulit ayam sudah timbul, maksudnya sudah garing dan boleh diangkat dengan penapis untuk toskan minyak.

8. Sedia untuk dimakan ketika masih panas dan rangup. Lazat tak terkata! Selamat mencuba.

Sumber: Rizal Kitchen

Baca juga: Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN