cara buat roti

Cara buat roti poket ini tidak rumit dan juga hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah didapati.

Dengan langkah yang ringkas, anda boleh menghasilkan makanan yang rangup di luar dan lembut di dalam, diisi pula dengan inti yang menyelerakan.

Selain itu, resipi ini juga sangat sesuai buat mereka yang mencari hidangan yang cepat, sedap dan mengenyangkan. Jom cuba!

Baca juga: Bingka Roti Butterscoth, Resipi Mudah Untuk Hidangan Minum Petang

CARA BUAT ROTI POKET

cara buat roti

Bahan-bahan untuk roti poket:

Cara penyediaan:

  1. Bancuh tepung gandum dengan air hingga larut, tetapi jangan terlalu pekat. Ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan celup ke dalam bancuhan tepung tadi sehingga seluruh permukaan roti terkena bancuhan.
  3. Salutkan roti yang dicelup dengan serbuk roti.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng roti dalam minyak yang sederhana panas. Balik-balikkan sehingga roti menjadi keemasan, kemudian angkat.
  5. Biarkan roti sejuk sebelum dipotong kepada dua bahagian dan ketepikan.

cara buat roti

Bahan-bahan untuk inti:

  • Isi ayam yang dipotong dadu/ayam kisar/daging burger
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk atau dikisar)*
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dikisar)*
  • 1/2 inci halia (ditumbuk atau dikisar)*
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Serbuk pati ayam
  • Sedikit serbuk lada hitam (ajishio)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • (Jika suka, boleh tambahkan sayur)

Cara penyediaan inti:

  1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar. Masukkan ayam yang dipotong dadu hingga separuh masak, kemudian tambah serbuk kari dan sedikit air (kira-kira 1 sudu). Tambahkan serbuk lada hitam, serbuk pati ayam, gula, dan garam. Kacau hingga masak. Masukkan bawang besar, tutup api, dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan lain:

Cara penyediaan:

  1. Masukkan daun salad ke dalam roti poket.
  2. Tambahkan inti ayam yang telah dimasak.
  3. Paipkan sos cili, cheezy cheese, dan mayonis di atas inti ayam.
  4. Roti poket sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri

Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN