Kalau korang perasan sejak dua menjak ini cuaca di negara kita sangat panas, boleh dikatakan setiap hari hanya ke dapur untuk minum air sejuk sahaja. Selain minum air sejuk kosong, korang boleh cuba air penyejuk tekak seperti kurma cincau, lepas minum pasti tekak rasa lega dan segar.

Jom cuba buat air susu kurma cincau yang penuh lemak berkrim ini

Bahan-bahan

  • Sebotol susu kurma Farm Fresh
  • Susu Dutch Lady full cream
  • Cincau
  • 1 tin susu sejat
  • 3 sudu susu pekat
  • Gula
  • Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan sebotol air susu kurma, susu full cream dan satu tin susu sejat ke dalam periuk dengan api yang sederhana.
  2. Masukkan secubit gula dan garam.
  3. Kacau sehingga larut dan masukkan 3 sudu susu pekat. Masak sehingga mendidih dan sejukkan.
  4. Potong dan cincang cincau, dan masukkan ke dalam air yang sudah disejukkan. Siap.

Sumber: Nor Erma Nazlin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN