sambal garing

Sambal Garing sememangnya menjadi lauk kegemaran semua orang kerana ia lazat dengan semua jenis makanan seperti bubur, lempeng, dan bermacam lagi!

Sambal ini juga sangat sesuai untuk anda yang kerap travel ke luar negara. Dihidangkan bersama nasi panas atau roti, memang menyelerakan. Anda juga boleh menambah tempe goreng atau tauhu goreng.

Baca juga: ‘Deep Clean’ Air Fryer, Wanita Ini Kongsi Kaedah Betul Cuci Agar Tak Mudah Rosak

Nak senang dan jimat masa boleh guna Air Fryer yang dikongsikan di Facebook oleh Cik Puan Eniza M. Salim. Ia mudah untuk dibawa bersama anda ketika travel atau sebagai bekalan kolej anak-anak.


RESIPI SAMBAL GARING AIR FRYER

bahan sambal garing bahan sambal garing

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. 2 mangkuk cili kering basuh dan toskan air.  Kemudian, masukkan dalam Air Fryer dengan suhu 150C untuk 10 minit.

2. Lepas 5 minit dalam Air Fryer, goncangkan basket. Kemudian sambung 5 minit lagi. Dah siap keluar dan ketepikan

3. 1 mangkuk ikan bilis basuh toskan air dan masuk dalam Air Fryer  dengan suhu 160C dalam masa 15 minit. 

4. Lepas 10 minit,keluarkan basket dan goncang ikan bilis itu dan tambah 5 minit lagi bagi ia garing. Dah siap ketepikan.

5. Seterusnya, kisar semua bahan di atas dengan pengisar kering.

6. Masukkan dalam mangkuk, campurkan, gula, garam, serbuk ikan bilis, ajinomoto (optional).

7. Masukkan minyak panas dan gaul sebati. Siap dan sedia diletakkan dalam balang atau bekas.


Selamat mencuba resipi sambal garing menggunakan Air Fryer ini.

Baca juga: Tak Boleh ‘Move On’ Teh Tarik Instant, Mat Salleh ini Sanggup Bawa Ke Amerika

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN