kerisik kelapa

Kerisik kelapa merupakan salah satu ramuan penting yang perlu ada untuk memasak rendang. Rupanya mudah saja cara buat kerisik sendiri di rumah, kalau beli kadang-kadang ada yang berbau ‘hapak’.

Cara membuat cukup ringkas, hanya 3 bahan saja yang diperlukan iaitu kelapa parut. Pertama sekali, kelapa ini perlu digoreng tanpa minyak. Setelah itu, ianya akan dikisar dengan minyak masak sehingga menjadi halus.

Hasilnya, kerisik tidak berbau tengik dan lebih fresh berbanding beli di kedai. Rendang juga akan terasa lebih sedap tau! Jom rujuk cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Encik Yayar B. Awang Noh di bawah.

Baca juga: Cara Buat Jem Tart Nenas Homemade, Simpan Dalam Peti Boleh Tahan Setahun!

CARA BUAT KERISIK KELAPA HOMEMADE

Bahan-bahan:

Kelapa parut
– Ketumbar
– Minyak masak

Cara-cara:

1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur terdahulu kelapa parut.

kerisik kelapa

2. Jika sudah garing, sejukkan seketika kelapa parut tersebut.

3. Setelah sejuk, masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah.

4. Tuangkan minyak masak seperti mana kita nak kisar bahan basah lain.

5. Kisar kelapa parut sehingga halus. Cantik hasilnya sama seperti beli di kedai.

6. Simpan dalam botol bertutup. Kerisik ini dijamin tahan lama kerana sudah berminyak elok.

kerisik kelapa

Kredit resipi dan gambar: Facebook Yayar B. Awang Noh via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Cara Buat Jem Tart Nenas Homemade, Simpan Dalam Peti Boleh Tahan Setahun!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN