media prima kekal prestasi

Media Prima Bhd, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia mencatatkan keuntungan selepas cukai RM20.8 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2022, meningkat 24 peratus berbanding RM16.8 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih bagi suku kedua tahun kewangan dikaji meningkat sebanyak 23 peratus kepada RM15.6 juta daripada RM12.7 juta pada suku perbandingan.

Hasil pengiklanan dan jualan kandungan Media Prima terus menjadi penyumbang utama kepada prestasi kewangan keseluruhan, dengan peningkatan bagi semua perniagaan kumpulan.

Peningkatan hasil pengiklanan sebanyak sembilan peratus kepada RM370.5 juta pada enam bulan berakhir 30 Jun 2022 daripada RM341.1 juta pada tempoh sama 2021 dipacu oleh cabang penyelesaian media kumpulan, Media Prima Omnia.

Pengiklanan lumpulan diterajui oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen penyiaran yang diwakili oleh Rangkaian Televisyen Media Prima dan Media Prima Audio telah mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 15 peratus kepada RM243.8 juta pada separuh pertama 2022 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Hasil daripada perniagaan digital Media Prima, REV Media Group, meningkat 15 peratus kepada RM47.9 juta.

Perniagaan pengiklanan luar rumah Media Prima, Big Tree, mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 13 peratus kepada RM56 juta, mencerminkan pulangan secara beransur dalam permintaan untuk pengiklanan luar rumah.

Hasil jualan kandungan meningkat 39 peratus dalam tempoh semasa berikutan peningkatan permintaan bagi kandungan tempatan daripada penyedia perkhidmatan penstriman sedia ada dan baharu.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, berkata kumpulan berbesar hati untuk mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan dalam pengiklanan merentasi perniagaan pada enam bulan berakhir 30 Jun 2022 walaupun menghadapi cabaran ekonomi.

“Ini bukan sahaja menunjukkan pemulihan dalam perbelanjaan pengiklanan, ia juga mengesahkan bahawa Media Prima telah menjadi peneraju dalam industri media dan hiburan.

“Saluran televisyen kami kekal paling banyak ditonton di negara ini manakala jenama kami adalah sumber utama untuk kandungan berita dan hiburan dalam kalangan rakyat Malaysia. Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkukuh kelebihan daya saing ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, berkata prestasi sepanjang enam bulan menunjukkan keupayaan kumpulan untuk memanfaatkan kekuatannya.

“Kami berbesar hati dengan sokongan yang berterusan daripada pelanggan dan kumpulan akan terus memperkukuh aliran pendapatan pengiklanan dan penciptaan kandungan kerana ini adalah pemacu strategik utama kami.

“Kami berharap dapat memberi lebih nilai kepada pelanggan serta menyampaikan kandungan berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali

“Dengan ini, ditambah dengan pembaikan proses berterusan dan peningkatan kecekapan operasi akan menguatkan lagi kedudukan kumpulan daripada sebarang halangan pasaran bagi memasuki separuh kedua tahun kewangan,” katanya.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN