terung tempura inti tuna

Pernah cuba Terung Tempura Inti Tuna? Terung merupakan hidangan yang agak popular di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis resipi masakkan terung tersedia.

Antaranya terung sambal, bakar dan goreng. Dengan rasa yang enak dan mudah disediakan, ia tentu menjadi kegemaran ramai orang.

Kadang-kadang kita tak perlu bersusah payah dengan resipi yang panjang berjela untuk menikmati sesuatu masakan enak bersama keluarga, mudah pun sedap juga seperti resipi telur goreng bertuna yang dikongsikan oleh Sue Zakaria.

Baca juga: Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap

Penangan terung tempura inti tuna ini bukan calang-calang. Belum sempat makan bersama nasi, hidangan ini habis licin dibuatnya, laku keras.

RESIPI TERUNG TEMPURA INTI TUNA


Bahan-bahan:

  • Terung bulat – dibelah dua
  • 1 tin tuna ayam brand

Bahan tepung:

  • Tepung bestari pedas
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Lada sulah

Cara memasak:

1. Kacau tepung tadi agak-agak pekat. Janagn cair sangat.

2. Sumbat terung yang sudah dibelah dua dengan tuna.


3. Celupkan terung yang sudah ada inti ke dalam tepung yang sudah dibancuh.


4. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng.

5. Bila terung dah mula keperangan, sudah boleh diangkat dan toskan minyak. Boleh cicah bersama sos dan mayonis.

Selamat mencuba!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN