chocolate truffle

Pasti ramai yang tahu Chocolate Truffle keluaran satu jenama popular yang sedang digilai ramai pada saat ini. Walaupun harganya agak mahal, orang ramai tetap berlumba-lumba untuk mencubanya.

Rupanya tak susah mana kalau nak buat sendiri Chocolate Truffle ala Royce di rumah. Hanya perlu menggunakan 3 bahan mudah. Buat sendiri puas hati, boleh makan puas-puas! Jom lihat cara-cara di bawah.

Baca juga: Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!

Resipi Chocolate Truffle Ala Royce ‘Viral’

Bahan-bahan:

  • 400gm Milk Chocolate (cincang)
  • 200ml heavy cream
  • Serbuk coco secukupnya (untuk taburan)

Cara-cara:

  1. Siapkan acuan size 20x20cm alas baking paper, Ketepikan.
  2. Tuang heavy cream kedalam kuali dan masak hingga ada gelembung kecil,  cukup terus matikan api. Pastikan guna api kecil.
  3. Masukkan coklat cincang tadi kedalam heavy cream yang masih panas dan gaul hingga cair dan kental. Tak perlu pasang api.
  4. Tuang dalam acuan lalu hentak sikit loyang tu supaya gelembung udara keluar. Ratakan permukaan dengan spatula
  5. Letak dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.
  6. Dah pejal potong dadu dan tabur dengan serbuk cocoa tadi.

chocolate truffle ala royce

Siap untuk dinikmati!

Kredit resipi: sumber

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN