cucur ketam crispy

Kadang-kadang bosan juga asyik buat cucur pisang atau cucur udang kan? Kali ini apa kata jom cuba buat cucur ketam crispy ni pula.

Bahan utama yang perlu ada adalah isi ketam atau crab stick. Cicah dengan sos serius sedap! Makan panas-panas lagi umphh.

Bahan-bahan lain yang digunakan juga mudah saja. Boleh jadi juadah minum petang sambil pekena teh’o panas.

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi ‘Legend’, Harum Semerbak & Lembut Elok Bila Dimakan

RESIPI CUCUR KETAM CRISPY

Bahan-bahan:

  • 500g tepung gandum
  • 250g/1paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 100g taugeh
  • 100g karrot (disagat)
  • 50g daun kucai
  • 2 cawan air
  • 1 1⁄2 tsp baking powder
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan diatas dan kacau rata.

  2. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati. Adunan mesti lah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.
  3. Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20 minit.
  4. Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan menggunakan api yang sederhana.

  5. Sedia untuk dihidang. Rangup diluar. Lembut di dalam.

Kredit: Cik Dayang Zulaikha

Baca juga:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN