Categories: Resipi

Cara Buat Cakoi Lembut, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Untuk Hasil Gebu

Banyak peniaga di pasar malam menjual cakoi, sejenis kuih yang berbentuk panjang. Cara buat cakoi sebenarnya cukup mudah, ada tips untuk hasilnya lembut.

Mereka yang kali pertama melihatnya pasti tertanya-tanya, kuih apa itu? Cakoi adalah sejenis kuih dengan doh berbentuk panjang dan berwarna perang keemasan.

Cakoi merupakan salah satu masakan masyarakat China dan turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara yang dikenali sebagai patongko di Thailand.

Nak tahu cara buat cakoi yang lembut? Ikut saja langkah demi langkah yang diajar oleh Sha Roziah Al Yahya di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Baby Cakoi & Baby Donut Yang Lembut Sampai Ke Malam

CARA BUAT CAKOI YANG LEMBUT

Bahan-bahan cakoi:

Bahan-bahan kuah pandan:

  • 1½ sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
  • 3 sudu besar susu pekat manis (jika tiada, boleh letak gula saja)
  • Sedikit pandan paste (jika tiada, boleh letak air daun pandan saja)

Cara-cara penyediaan cakoi:

1. Satukan tepung gandum, yis, baking powder, minyak masak, gula dan garam ke dalam bekas besar, kemudian gaul sehingga semuanya jadi sebati.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas tepung, kemudian uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.

3. Canai doh secara memanjang dengan ketebalan lebih kurang 1cm, kemudian potong kecil-kecil secara melintang.

4. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.

5. Perap doh tadi sehingga naik 2 kali ganda dari asal.

6. Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil. Setelah kekuningan, angkat dan toskan. Siap!

Cara-cara penyediaan kuah pandan:

1. Masuk semuanya dalam periuk dan masak atas api sederhana.

2. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (lebih kurang sama seperti buat kaya), kemudian angkat dan sejukkan.

Jangan lupa untuk menguli lama bagi mendapatkan hasil cakoi yang lembut. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan untuk minum petang.

Selamat mencuba!

Sumber: Sha Roziah Al Yahya

Baca juga: Cara Buat Cakoi Yang Elok Berongga & Bersarang, Tak Perlu Guna Yis!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Kulit Ketayap Tak Mudah Koyak & Boleh Ditindih, Baru Senang Nak Bungkus Inti!

Kulit ketayap yang lembut, nipis dan tidak mudah koyak memang memudahkan kerja membungkus inti kelapa.…

2 hours ago

Resepi Nasi Butter Simple Guna Periuk Nasi Yang Wangi Berlemak, Anak-Anak Mesti Suka!

Kalau selalu masak nasi putih untuk keluarga, apa kata sesekali cuba resepi nasi butter simple…

2 hours ago

Roti Nan Cheese Homemade Guna 6 Bahan, Luar Sedikit Garing Dan Dalam Lembut Berkeju!

Resepi roti nan cheese ini sesuai dijadikan pilihan sarapan pagi yang enak dan mengenyangkan. Tekstur…

2 hours ago

Cara Masak Telur Kukus Lembut Dalam Mangkuk, Penat Balik Kerja Pun Boleh Makan Sedap!

Cara masak telur kukus ini boleh dijadi pilihan hidangan yang sesuai apabila badan terasa letih…

19 hours ago

Pucuk Ubi Masak Lemak Letak ‘Black Fungus’, Gabungan Unik Yang Rupanya Sedap Tak Terkata!

Masak lemak pucuk ubi sesuai dijadikan pilihan untuk menu makan tengah hari atau makan malam.…

21 hours ago

Kek Span Coklat Gebu Guna Spongemix, Ini Resipi Mudah Untuk Loyang 7 Dan 9 Inci!

Nak berjimat tetapi masih mahu menyediakan kek istimewa untuk keluarga? Resipi kek span coklat menggunakan…

24 hours ago