baby cakoi

Petang-petang teringin nak makan kuih yang gebu dan lembut seperti baby cakoi. Makan panas-panas lepas goreng lagi ngam.

Nak keluar beli malas pula kan, haa apa kata jom buat sendiri kuih kat rumah. Sekali buat dapat banyak, puas hati makan. Jimat pun jimat!

Jom cuba resipi baby cakoi dan baby donut yang dikongsi oleh Missz Amira di bawah.

RESIPI BABY CAKOI & BABY DONUT

Langkah 1:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sb marjerin/mentega/butter
  • 1 sk garam

Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan gaul sampai menjadi serbuk roti (macam dalam gambar).

Langkah 2:

  • 1 cawan air suam
  • 2 sb susu pekat
  • Gula 1 sb
  • 1 biji telur
  • 1 sb yis

Cara-cara:

1. Campur semua dan kacau sebati. Kemudian terus masukkan ke dalam tepung tadi.

Langkah 3:

1. Uli sampai sebati macam dalam gambar. Doh memang sedikit lembut, tapi bila dah kembang akan lebih gebu dan senang untuk dibentuk.

2. Biarkan doh naik kembang 2 kali ganda dari asal (dalam masa 30 minit hingga 1 jam mengikut cuaca, yis, doh).

3. Bila dah naik kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin.

Langkah 4:

1. Untuk elak melekat pada tangan, sapukan tepung gandum pada tangan ketika membentukkan baby cakoi dan donut.

2. Cara bentukkan baby cakoi, gelekkan doh atas papan sehingga panjang dan potong mengikut saiz yang diingini kemudian kepitkan antara dua.

3. Cara bentukkan baby donut pula, bulatkan doh kemudian tekan leper dan tekap menggunakan penutup botol/nozel.

4. Biarkan doh naik kembang 2 kali ganda.

5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian goreng menggunakan api sederhana.

baby cakoiKredit: Missz Amira

Baca juga: Rahsia Kejelitaan Kuih Cek Mek, Kuih Tak Buncit & Tak Keluar Air Gulanya Bila Digoreng

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN