Setiap bahagian yang ada pada lembu mempunyai peminat tersendiri. Sekarang ramai yang sedang mencari cara bersihkan perut lembu yang betul.
Baru-baru ini, umat Islam di seluruh dunia telah menyambut Hari Raya Aidiladha yang juga disebut sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban.
Baca juga: Resipi Sup Kaki Lembu, Orang Lama Kongsi Cara Proses & Bersihkannya
Jarang kita dengar orang memasak perut lembu, tapi siapa sangka sebenarnya pelbagai sajian boleh dihasilkan daripada perut lembu.
Perut lembu boleh dihidangkan dengan masak kerabu, lemak cili padi, air asam dan sup. Mereka yang sukakannya pasti kecur air liur!
Ramai yang anggap cara menguruskan perut lembu itu renyah dan rumit kerana kotoran hitam yang ada padanya sangat sukar dikikis.
Kali ini kami kongsikan cara bersihkan perut lembu daripada video Dapo Kak Es di TikTok, tak perlu kikis beria sekalipun.
CARA BERSIHKAN PERUT LEMBU
1. Bersihkan dengan alirkan air paip dalam saluran usus atau perut lembu.
2. Ulang langkah sama beberapa kali, bilas sehingga betul-betul bersih.
3. Sapu dan gaulkan perut lembu dengan kapur sirih (dikenali juga sebagai kapur makan).
4. Rendam dalam air dan biarkan dalam 10 hingga 20 minit.
5. Kemudian kikis bahagian kekotoran pada perut. Oleh sebab ia direndam dengan kapur, jadi mudah dikikis.
6. Tenyeh-tenyeh sedikit sampai semua kekotoran tertanggal.
7. Bersihkan dengan alirkan air paip lagi.
8. Rebus perut lembu dengan halia menggunakan api yang sederhana. Siap!
Nampaknya cara bersihkan perut lembu taklah sukar seperti yang disangka. Jangan lupa untuk kongsikannya kepada keluarga dan rakan-rakan anda.
Jika nak buat hidangan pembuka selera, kami cadangkan anda memasak kerabu perut lembu yang sedap dengan rasa pedas dan masamnya.
Manalah tahu mereka juga dapat perut lembu sempena Hari Raya Haji pada tahun ini, bolehlah ajar mereka cara menguruskannya nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dapo Kak Es
Baca juga: Hati Lembu Masak Pengantin, Ada Petua Basuh Hati Lembu Agar Tak Bau