kuih siput

Kuih Siput merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa yang tak suka kuih manis, sesuai sangat buat kuih ini.

Kalau ada yang nak cuba buat nanti, jangan lupa guna resipi ni tau. Sebab ada rahsia nak buat kuih siput supaya lebih gebu dan sedap.

Baca juga: Mudahnya Resipi Semperit Ni, Guna 3 Bahan Je. Sekali Cuba Pasti Jadi!

RESIPI KUIH SIPUT YANG GEBU

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
  • 1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan mentega cairkan (Tips kalau suka gebu boleh lebihkan mentega/marjerin)
  • 1 cawan air (letak sekali dengan garam )
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan serta air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.

2. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.

3. Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Selamat mencuba ya!

Kredit: Fatin Harnita

Baca juga: Kerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN