Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadhan adalah air khatira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat dan tak menggunakan bahan yang asli. Air khatira ni sangat menyegarkan, berlemak dan cukup rasa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

AIR KHATIRA JOHOR

Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadhan adalah air khatira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat dan tak menggunakan bahan yang asli. Air khatira ni sangat menyegarkan, berlemak dan cukup rasa. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1 sudu besar katira

  • 1 sudu besar biji selasih

  • 3 biji kurma

  • 3 biji kembang semangkuk

  • 4 biji badam

  • 4 helai daun pandan

  • 4 sudu besar gula

  • 1 liter susu segar

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

CARA PENYEDIAAN
  • Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.

  • Jika dah kembang, boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.

  • Potong badam, cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan.

  • Rebus daun pandan dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau.

  • Satukan semua bahan yang telah disediakan. Bahan rendam tadi, perlu ditoskan.

  • Siap dan boleh diminum sejuk-sejuk. Rasa dia menyegarkan dan beraroma.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.