Ikan belut memang terkenal dengan bau hanyir dan lendirnya, yang boleh buat sesetengah orang rasa malas nak membersihkannya.
Tapi, belut sebenarnya penuh dengan khasiat untuk tubuh kita. Ia kaya dengan protein, omega-3 dan pelbagai vitamin yang bagus untuk kesihatan.
Dalam masakan Melayu, belut digunakan dalam pelbagai hidangan yang sedap, seperti sup belut, belut goreng berlada, nasi goreng belut, belut masak kicap dan belut bakar.
Kalau dibersihkan dengan betul, belut boleh jadi hidangan yang bukan saja berkhasiat, tapi juga sangat digemari ramai.
Jadi, jika anda nak nikmati hidangan belut tanpa risau tentang bau, ikut petua mudah di bawah untuk membersihkan semua bau hanyir dan lendir. Pasti berkesan!
Baca juga: Cara Cuci Cawan ‘Berkerak’ Tanpa Guna Peluntur, Terus Nampak Macam Baru!
CARA BERSIHKAN BAU HANYIR DAN LENDIR IKAN BELUT
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Lemon/asam limau
- Asam jawa
- Garam
- Tepung gandum
Cara-cara:
- Potong kecil belut mengikut saiz yang disukai.
- Kemudian, gaulkan dengan asam jawa secukupnya berdasarkan kuantiti belut.
- Setelah itu, perahkan lemon ke dalam campuran.
- Seterusnya, tambahkan garam dan gaul semua bahan hingga sebati.
- Masukkan sedikit tepung gandum dan teruskan menggaul.
- Perapkan selama 5 hingga 10 minit
- Setelah itu, bilas hingga bersih dan belut sedia untuk digunakan dalam pelbagai menu.
- Semoga bermanfaat!
Kredit: Jom masak-masak
Baca juga: Cara Cuci Tauge Dengan Cepat, Tak Perlu Kutip Bahagian Kepala Satu-Satu!