kutu beras

Mesti korang pernah terfikir kenapa masih ada kutu beras walaupun baru beli atau tak pernah buka lagi kan?

Menyakitkan hati betul. Sebabnya bila je ada kutu beras ni, automatik nasi yang dimasak jadi cepat basi, lembik lepastu tak sedap.

Nak buang terasa rugi juga sebab beras encik suami yang beli.

Baca juga: Petua Halau Kutu Dalam Beras Hanya Guna ‘Bawang Putih’, Satu Pun Tak Tinggal

Jom ikuti perkongsian Twitter dari Naim AJ Pest ini untuk mengetahui dari mana kutu beras ini datang dalam bungkusan walaupun tak pernah buka.

Serangga jenis Stored Product Pest


Kutu beras atau nama saintifiknya Sitophilus Orizae atau turut dikenali sebagai bubuk merupakan masalah yang sudah lama wujud dalam industri pertanian.

Walaupun tidak mambawa bahaya kepada manusia, kutu ini amat berbahaya kepada bahan pertanian.

Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.

Macam mana dia boleh ada dalam beras walaupon beras tu kita baru beli ?

Serangga ni sebenarnya dia bertelur di dalam beras tu sendiri. Ia akan jadikan sebutir beras itu sebagai tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras sehingga kosong.

Bila dah sampai tempoh matang serangga, ia akan keluar dari beras kemudian akan meneruskan hidup dengan memakan beras yg lain.

Dalam masa yg sama dia akan biakkan lagi telurnya ke dalam beras yang lain.

Sebab itu, bila kita jarang masak cepatlah ia keluar, yang rajin masak nasi, kutu beras tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur dia tu sekali jadi nasi.

Dapat lah extra protein gitu. Tapi tak jadi masalah kalau termakan telur kutu beras ni.

Macam mana nak selamatkan beras anda daripada terus dimakan oleh golongan kutu beras ini?

1. Jangan simpan beras dalam tempoh masa yang lama.
2. Beli beras daripada kedai yang sentiasa mendapat bekalan baru.
3. Simpan beras di tempat kering dan kedap udara.
4. Masukkan daun pandan, cili kering atau tumbuhan herba tidak berbahaya yang mempunyai bau yang kuay ke dalam beras berkutu.
5. Basuh beras berulang kali supaya beras yang sudah dimakan oleh kutu beras akan terapung dan dibuang kerana sudah ringan.

Jadi selepas ini tiada lagilah isu dalam mengawal kehadiran kutu dalam beras kan?

Dengan beberapa langkah mudah dan teknik pembasuhan beras yang betul, anda boleh mengelakkan diri daripada terjumpa serangga ini ketika menyuap nasi.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN