bubur asyura johor

Setiap tahun, umat Islam akan menyambut kehadiran tahun baharu Islam dengan menyediakan Bubur Asyura dan salah satu resipi paling popular ialah Bubur Asyura Johor.

Bubur Asyura adalah hidangan untuk meraikan puasa pada 10 Muharram yang disediakan pada awal tahun dalam Islam, iaitu bulan Muharram saja.

Apa yang menjadikan Bubur Asyura unik berbanding bubur lain adalah pada bahan-bahan rempahnya yang mencetuskan aroma, rasa dan selera yang diinginkan.

Kali ini, kami cukup teruja untuk kongsikan resipi Bubur Asyura Johor yang juga dipanggil sebagai Bubur Lambuk oleh Azrina Ein di Facebook yang wajib anda cuba.

Baca juga: Jangan Pandang Rupa Je, Bubur Asyura Kelantan Ni Sedap Lain Macam Tau!

RESIPI BUBUR ASYURA JOHOR

bubur asyura johor

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu besar udang kering*
  • 2 cawan atau lebih daging lembu (boleh juga guna daging ayam kisar atau cincang)
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil atau lebih serbuk lada hitam
  • Kacang kuda (direndam semalaman)
  • Sedikit daun sup (boleh juga letak daun saderi yang dipotong halus)
  • Kentang dan lobak merah secukupnya (dipotong dadu)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang goreng
  • 3 sudu besar rempah soto atau rempah briyani (boleh juga guna serbuk rempah sup dan rempah kurma )
  • 1 paket sup bunjut
  • Rempah 4 sekawan
  • Air secukupnya
  • Serbuk perasa (jika suka, seperti serbuk pati ayam)

Cara-cara:

1. Kisar bahan bertanda (*) dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan seketika dan masukkan bahan kisar, kemudian tumis sehingga sedikit garing dan naik bau.

3. Bancuh perencah soto, briyani atau sup dengan ½ cawan air dan masukkan dalam tumisan tadi, kemudian tumis seketika.

4. Masukkan daging ayam, lada hitam atau putih, sup bunjut dan sedikit air dulu, kemudian masak sehingga daging separuh lembut dan kacau seketika.

5. Masukkan beras dan kacang kuda, air secukupnya dan sedikit garam, kemudian boleh letak sedikit gula dan serbuk pati ayam jika suka.

6. Sentiasa kacau untuk mengelakkan bubur melekat dan apabila beras sudah kembang, masukkan kentang dan lobak merah.

7. Apabila kentang, lobak merah dan kekacang sudah lembut, masukkan santan dan air jika terlalu pekat, kemudian perasakan dengan garam secukupnya.

8. Apabila sudah masak, tabur bawang goreng, kacang tanah goreng dan daun sup atau daun saderi. Siap!

 

Disunatkan untuk berpuasa pada 10 Muharram kerana penuh keberkatan dan anda boleh nikmati Bubur Asyura Johor ini sebagai santapan sewaktu berbuka.

Selamat mencuba!

Sumber: Azrina Ein

Baca juga: Bubur Asyura Utara, Sedap Sebijik Macam Orang Dulu-Dulu Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN