Ada jenis kek yang nampak hangus di luar tapi mewah di dalam, itulah burnt cheesecake. Kalau anda sedang mencari burnt cheesecake resepi yang mudah, lembut dan confirm jadi di rumah, resipi ini memang antara yang paling sesuai untuk dicuba.
Resipi ini dikongsi oleh Amrul Azmi Mizan di Facebook, hasil cubaan sendiri selepas lama teringin nak buat cheesecake homemade. Walaupun nampak ringkas, hasilnya cukup memuaskan dengan tekstur creamy di dalam dan permukaan burnt yang klasik.
Baca juga: Cara Buat Kek Sarang Semut Versi Cupcake, Tekstur Lembut Berongga Cantik & Confirm Jadi!
Resipi ini sesuai untuk beginner kerana bahan mudah dan teknik pun tak rumit.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar telur hingga ringan
Kisar 3 biji telur sampai sedikit kembang untuk dapat tekstur lebih lembut.
2. Masukkan semua bahan
Tambahkan cream cheese, whipping cream, gula, esen vanila, garam dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Kisar hingga sebati
Pastikan adunan betul-betul licin supaya hasil cheesecake tidak berketul.
4. Tuang ke dalam loyang
Sediakan loyang yang dialas dengan baking paper, kemudian tuang adunan.
5. Bakar pada suhu tinggi
Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit sehingga permukaan jadi perang gelap (burnt layer yang klasik).
6. Sejukkan dulu
Selepas keluar oven, biarkan cheesecake sejuk pada suhu bilik sebelum simpan dalam peti sejuk.
7. Hidang sejuk-sejuk
Burnt cheesecake ini paling sedap dimakan selepas disejukkan beberapa jam.
Tips Burnt Cheesecake Jadi Lebih Sedap
Kenapa Burnt Cheesecake Ini Jadi Kegemaran Ramai?
Selain rasanya yang unik, burnt cheesecake resepi ini popular kerana:
Kalau anda sedang mencari burnt cheesecake resepi yang confirm jadi, resipi ini memang antara pilihan paling mudah untuk dicuba. Tak perlu skill baking tinggi pun, asalkan ikut langkah dengan betul.
Sekali cuba, memang boleh jadi dessert wajib buat ulang. Luar nampak “burnt”, tapi dalamnya, memang creamy dan puas hati.
Selamat mencuba!
Sumber: Amrul Azmi Mizan
Baca juga: Resepi Strawberry Cheesecake Viral Tanpa Oven, Tekstur Lembut Berkrim Sampai Cair Di Mulut!
Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…
Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…
Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…
Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…
Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…