
Dalam menjaga keselamatan dapur, ramai masih anggap ruang atas peti sejuk sebagai tempat simpanan tambahan yang selamat. Nampak praktikal dan menjimatkan ruang, tetapi hakikatnya bahagian ini menghasilkan haba daripada motor peti sejuk yang boleh memberi kesan buruk kepada barang yang disimpan.
Perkongsian oleh Nia Aziz di Lemon8 ini membuka mata ramai tentang tabiat biasa yang sebenarnya boleh menjejaskan kualiti makanan, merosakkan barangan dan meningkatkan risiko bahaya di dapur.
Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Bila Petik Ulam Raja, Ada Rumpai Berbahaya Boleh Buat Kulit Gatal Dan Asma
DILARANG LETAK 10 BARANG INI DI ATAS PETI SEJUK DEMI KESELAMATAN DAPUR

1. Minyak Masak
Minyak sangat sensitif terhadap haba. Bila diletakkan di atas peti sejuk, ia boleh cepat tengik dan berubah rasa, sekali gus tidak lagi sesuai digunakan.
2. Roti
Haba boleh menyebabkan wap terbentuk dalam plastik roti, mempercepatkan pertumbuhan kulat dan menjadikan roti cepat rosak.
3. Keropok Dan Snek Rangup
Keropok akan mudah lemau apabila terdedah kepada haba. Rasa juga boleh berubah akibat minyak yang rosak.
4. Minuman Beralkohol
Bagi yang bukan Islam menyimpannya, suhu panas boleh menjejaskan rasa dan kualiti minuman, terutama jika disimpan dalam jangka masa lama.
5. Bahan Pencuci
Peluntur, aerosol dan cecair pembersih boleh menjadi berbahaya apabila terdedah kepada haba kerana berpotensi mencetuskan reaksi kimia.

6. Barang Berat
Letak barang berat seperti periuk atau bekas air boleh menyebabkan permukaan peti sejuk rosak atau lebih teruk, jatuh dan mencederakan.
7. Microwave Dan Pemanggang Roti
Peralatan ini menghasilkan haba dan perlukan pengudaraan baik. Letak di atas peti sejuk boleh ganggu sistem dan mempercepatkan kerosakan.
8. Bekas Plastik
Haba boleh menyebabkan plastik berubah bentuk, retak atau mengeluarkan bahan yang tidak selamat.
9. Barang Mudah Terbakar
Lilin, pemetik api atau bahan mudah terbakar boleh mencetuskan kebakaran jika terdedah kepada haba berterusan.
10. Ubat-Ubatan
Ubat perlu disimpan pada suhu stabil. Haba boleh menjejaskan keberkesanannya dan memberi risiko kepada kesihatan.
Apa yang nampak remeh sebenarnya boleh memberi kesan besar. Menjadikan ruang atas peti sejuk sebagai tempat simpanan bukan sahaja tidak praktikal, malah boleh mengundang bahaya.
Untuk jaga keselamatan dapur, pastikan hanya barang yang sesuai disimpan di tempat yang betul. Elakkan guna ruang panas seperti atas peti sejuk untuk barang sensitif, ini langkah kecil yang boleh lindungi rumah dan keluarga.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nia Aziz
Baca juga: Betul Ke Anggur Shine Muscat Ada Racun Perosak Berbahaya? Ini Jawapan Dari KKM
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














