
Kalau anda sedang mencari cara membuat cucur yang mudah dan tetap menjadi walaupun tanpa tepung gandum, resipi ini memang wajib cuba di rumah.
Hanya guna dua jenis tepung, hasilnya cucur yang rangup di luar, gebu di dalam dan cepat habis sepinggan. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau bila tetamu datang tiba-tiba.
Baca juga: Resepi Apam Nasi Mudah Tanpa Tepung Gandum, Hasil Lembut Dan Gebu!
CARA MEMBUAT CUCUR TANPA TEPUNG GANDUM

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan air (tambah jika adunan terlalu pekat)
- Crab stick secukupnya (dihiris)
- 1 sudu kecil baking powder
- Sayur pilihan – lobak merah, daun kucai atau kubis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan tepung beras, tepung jagung dan baking powder dalam satu mangkuk besar. Gaul sebati.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Masukkan hirisan crab stick bersama sayur pilihan seperti lobak merah atau daun kucai untuk rasa dan warna yang lebih menarik.
4. Perasakan dengan garam atau serbuk perasa secukupnya. Gaul rata.
5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas, kemudian sudukan adunan kecil-kecil ke dalam minyak.
6. Goreng sehingga cucur bertukar warna keemasan, rangup di luar dan masak sekata.
7. Angkat dan toskan sebelum dihidang.
Tips supaya cucur kekal rangup dan cantik:
- Pastikan adunan tidak terlalu cair supaya cucur tidak menyerap minyak
- Minyak mesti benar-benar panas sebelum mula menggoreng
- Goreng dalam saiz kecil untuk pastikan masak sekata
- Tambah sedikit serbuk kunyit jika mahu warna cucur lebih menarik
Cara membuat cucur tanpa tepung gandum ini memang idea kreatif yang praktikal. Simpan resipi ini sebagai rujukan bila teringin cucur cepat, mudah dan sedap tanpa banyak bahan.
Selamat mencuba!
Sumber: Sis Norshahira
Baca juga: Resepi Kuih Cucur Badak Warisan Sejak 70-an, Doh Lembut, Tahan Frozen & Sedap Digoreng
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














