ayam pedas manis

Ayam pedas manis adalah satu lagi resipi kreatif yang sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang ringkas tetapi penuh dengan rasa.

Hidangan ini menggabungkan rasa pedas dari cili dan keseimbangan rasa masam manis dari sos cili, menjadikannya pilihan sempurna untuk makan tengah hari atau makan malam.

Resipi ini telah diolah oleh Cik Puan Noor Ashikin Saerah mengikut citarasa tempatan, dan semestinya mudah untuk dicuba di dapur anda sendiri!

Jom baca resipi penuh di bawah!

Baca lagi: Resipi Bawang Goreng Guna Air Fryer, Hasil Rangup Elok Macam Guna Minyak

RESIPI AYAM PEDAS MANIS

Bahan-Bahan:

  • 500 g isi ayam (dada atau peha, potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 biji telur
  • ½ hingga 1 cawan tepung jagung (untuk salutan)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar emping cili (boleh tambah jika suka pedas)
  • 6 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar gula
  • ½ cawan air
  • ½ sudu besar tepung jagung + ¼ cawan air (bancuh untuk pekatkan sos)
  • Bijan putih
  • Hirisan daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Gaulkan ketulan isi ayam dengan serbuk lada putih, kicap masin, dan telur. Biarkan seketika untuk memastikan rasa meresap.

2. Masukkan ayam ke dalam tepung jagung, pastikan setiap ketulan bersalut rata.

3. Goreng ayam dalam minyak panas sehingga masak sepenuhnya dan garing. Ketepikan.

4. Jika ingin lebih sihat, boleh gunakan air fryer pada suhu 200°C selama 15 minit atau sehingga ayam masak.

5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.

6. Masukkan emping cili dan kacau rata sehingga aroma pedas cili keluar.

7. Tambahkan sos cili, kicap masin, gula, dan air. Biarkan campuran mendidih sambil dikacau.

8. Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos. Kacau hingga sos menjadi pekat dan berkilat.

9. Tutup api dan masukkan ayam goreng ke dalam kuali. Gaul rata supaya ayam bersalut dengan sos.

10. Taburkan bijan putih dan hirisan daun bawang di atas ayam sebelum dihidangkan.

ayam pedas manis

Tip Tambahan:

  • Anda boleh menyesuaikan tahap kepedasan dengan menambah atau mengurangkan emping cili.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Sambal Belacan Thai Ekspres, Sepantas 3 Minit Saja Dah Siap Untuk Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN