sagu gula melaka

Pasti ramai yang suka makan sagu gula melaka ni kan? Rasa dia sangat berlemak dan sedap. Gabungan sagu, susu cair dan gula yang sangat ‘ngam’!

Boleh guna pelbagai warna untuk membuatkan sagu lebih menarik. Sesuai untuk dibuat jualan, pasti dapat menarik perhatian pelanggan.

Kalau nak buat untuk hidangan petang pun boleh. Anak-anak pasti suka. Cara membuatnya juga sangat mudah, bahan-bahan yang digunakan juga tak banyak. Boleh cuba buat nanti ya.

Resipi Sagu Gula Melaka Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • 4 pot sagu (500g) – tak perlu rendam, kalau nak buat sikit kurangkan kuantiti
  • 2 liter air
  • Gula melaka
  • Gula merah
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
  • Susu cair

Cara-cara:

1. Didihkan air dalam 2 liter dalam rice cooker atau multifunction cooker.

2. Bila air dah mendidih, masukkan sagu dan kacau sekali sekala sahaja. Kemudian tutup dengan penutup rice cooker. (Guna rice cooker jimat masa, tenaga, tak perlu kacau selalu dan tak risau hangit pada bahagian bawah)

resipi sagu gula melaka

3. Bila sagu dah separuh masak, buka dan kacau lagi. Pada masa ini baru letakkan pewarna pilihan masing-masing. Kacau dan tutup lagi, biar sampai button keep warm tu ‘on’ dan biarkan sehingga semua putih dalam sagu hilang.

4. Sagu akan menjadi sebiji-sebiji. Ambil sedikit sagu, masukkan dalam penapis dan lalukan sekejap di bawah air paip untuk membersihkan sisa kanji, biji-biji hitam dan lendir dalam sagu.

5. Bila dah betul-betul bersih, letakkan sagu dalam bekas bersih. Ketepikan.

6. Masak gula melaka, gula merah, daun pandan, sedikit garam dan air. Masak sampai agak pekat. Nak lagi sedap boleh letak sedikit kabung (jika ada).

7. Ambil sedikit sagu, tuangkan susu cair dan gula tadi secukupnya dalam satu mangkuk. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Kredit: Mimee Ismaell

Baca juga: Resipi Blueberry Cheese Cake Tak Perlu Bakar & Tak Guna Mixer, Kos Bahan RM35 Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN