Bosan dengan masakan biasa setiap hari? Apa kata sesekali kita ubah selera dengan masakan barat yang lengkap dengan protein makanan yang seimbang. Hidangan seperti pasta dengan tambahan grill chicken bersama black pepper gravy fuh memang sedap. Jadi mari kita cuba resepi grill chicken pasta homemade yang dikongsikan oleh Mastura Burhanuddin di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Western

TAHAP KESUKARAN

Medium

Resepi Grill Chicken Pasta Homemade

Bosan dengan masakan biasa setiap hari? Apa kata sesekali kita ubah selera dengan masakan barat yang lengkap dengan protein makanan yang seimbang. Hidangan seperti pasta dengan tambahan grill chicken bersama black pepper gravy fuh memang sedap. Jadi mari kita cuba resepi grill chicken pasta homemade yang dikongsikan oleh Mastura Burhanuddin di Facebook.

Kredit: Mastura Burhanuddin
PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN
  • Serbuk lada hitam kasar

  • Minyak zaitun

  • Rosemary

  • Kicap manis

  • Sos tiram

CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan dalam satu bekas.

  • Lepastu lumur pada ayam yang dah dibersihkan. Perapkan seketika.

  • Masak guna air fryer suhu 180, selama 35minit .

BLACK PEPPER GRAVY (untuk dua orang makan)
BAHAN-BAHAN
  • Salted butter

  • Bawang holland potong dadu

  • Dua helai daun bay

  • Serbuk lada hitam kasar

  • Susu full cream (setengah cawan)

  • Kicap masin

  • Tepung jagung untuk pekatkan gravy (larutkan dengan air baru masukkan dalam periuk)

  • Serbuk demi-glace jenama Knoor (letak dua sudu dan larutkan dengan air dalam cawan)

  • Sedikit gula perang

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan periuk dan masukkan salted butter lepastu bawang holland.

  • Kemudian masukkan daun bay dan serbuk lada hitam kasar dan tumis sampai naik bau.

  • Kemudian masukkan pula bancuhan demi-glace. Kacau diikuti susu full cream untuk bagi rasa lemak-lemak.

  • Masukkan kicap masin kemudian seimbangkan rasa dengan sedikit gula perang.

  • Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Jangan terlalu banyak. Kacau dan boleh perlahankan api. Rasa dulu sebelum matikan api.

Kredit: Mastura Burhanuddin

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.