Categories: Resipi

Resipi Air Laici Susu Segar Viral Ramadan, Sekali Teguk Terus Rasa Lega!

Bulan puasa ni, minuman sejuk dan manis memang wajib untuk berbuka. Air laici susu ini sangat mudah disediakan dan sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Rasa manis buah laici dan susu pekat memang melegakan dahaga selepas seharian berpuasa.

Selain sedap diminum, minuman ni juga cantik bila dihidang. Boleh tambah sedikit jeli merah atau buah laici untuk lebih menarik dan menyegarkan. Sesuai dijadikan pilihan minuman Ramadan yang cepat dan mudah!

Baca juga: Resepi Air Detox Soda Terbaik Untuk Berbuka, Gabungan Laici, Lemon & Pudina Yang Menyegarkan

RESIPI AIR LAICI SUSU

Bahan-bahan:

  • 1 tin air laici bersama buah laici
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • ½ cawan susu cair
  • Ais secukupnya
  • Sumi / jeli merah, dipotong kecil (pilihan)

*Tip: Gandakan bahan kalau nak buat untuk lebih ramai orang.

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan

Masukkan air laici bersama buah laici, susu pekat dan susu cair ke dalam blender. Kisar hingga halus dan sebati.

2. Sediakan gelas dengan ais

Ambil gelas pilihan dan masukkan ais secukupnya.

3. Tuang jus laici susu

Tuangkan jus laici susu yang telah dikisar ke dalam gelas berisi ais.

4. Tambah sentuhan manis

Letakkan sedikit sumi atau jeli merah yang telah dicincang. Kemudian, masukkan buah laici untuk rasa lebih segar.

5. Sedia untuk dinikmati!

Air laici susu yang manis dan menyegarkan ini siap diminum. Confirm melegakan dahaga selepas seharian berpuasa!

*Tip: Nak lebih aroma dan manis? Tambahkan sedikit sirap ros atau pandan.

Kenapa Kena Cuba Resipi Ini?

  • Mudah, cepat dan sesuai untuk berbuka puasa
  • Rasa manis buah laici dan susu pekat memang tak pernah gagal
  • Sesuai untuk 2 hingga 3 orang, tapi boleh gandakan kuantiti
  • Cantik disajikan, sesuai untuk minuman Ramadan yang menarik perhatian

Jadi, kalau nak minuman berbuka yang simple tapi menyegarkan, air laici susu ini memang pilihan terbaik. Mudah disediakan, sedap dan confirm semua suka!

Selamat mencuba!

Sumber: uummuuuu

Baca juga: Resipi Air Cha Bang Ang Viral Dari Thailand, Minuman Manis & Sejuk Mudah Untuk Berbuka Puasa

Aimi

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

2 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

2 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

2 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

5 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

6 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

6 hours ago