Categories: Resipi

Cara Masak Ikan Siakap Rebus Ala Kukus, Rasa Kuahnya Segar & Ringan Bila Dihirup

Bila tiba bulan Ramadan, ramai yang ingin menyediakan hidangan yang cepat dan mudah tetapi tetap sedap. Jika tiada idea apa yang hendak dimasak, cubalah resepi ikan siakap rebus ala kukus ini.

Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas, hidangan ini boleh disediakan dengan mudah dan cepat. Rasanya segar dan ringan, sesuai dinikmati sup panas-panas yang menyelerakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Asam, Lauk Mudah Yang Buat Kecur Air Liur!

RESIPI IKAN SIAKAP REBUS ALA KUKUS

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dipotong dua) – boleh masak seekor terus pun
  • 4–5 keping halia (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 batang serai (dihiris)
  • 5–6 tangkai daun ketumbar (dihiris)
  • 1 biji lemon (diperah) – boleh tambah jika suka lebih masam
  • 7 biji jeruk kelubi (bersama sedikit airnya)
  • 1 biji tomato (dipotong 7)
  • 1 pek kecil cendawan enoki (dibersihkan)
  • 3 sudu besar serbuk pati ayam atau 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam dan gula (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan air secukupnya mengikut jumlah kuah yang diingini. Didihkan air dalam kuali.
  2. Masukkan semua bahan kecuali ikan, tomato dan cendawan. Biarkan kuah mendidih dan sebati.
  3. Masukkan ikan dan sayur. Masak sekejap sehingga ikan masak sepenuhnya.
  4. Akhir sekali, tambah tomato dan cendawan enoki. Masak 1–2 minit sahaja supaya cendawan kekal rangup.
  5. Siap untuk dihidang! Sesuai dimakan panas-panas terus dari periuk atau boleh juga nikmati selepas sejuk.

Tips:

  • Jangan masak cendawan terlalu lama supaya teksturnya kekal segar dan rangup.
  • Kalau suka rasa lebih masam, boleh tambah lagi perahan lemon atau sedikit jeruk kelubi.
  • Sesuai untuk santapan berbuka puasa atau makan tengah hari yang ringkas tapi sedap.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Rahsia Buat Asam Rebus Ikan Kerisi Jadi Lagi Sedap, Masam Manis Pedas Cukup Rasa!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago