peniaga air balang

Apabila tibanya bulan Ramadan, kita dapat lihat betapa ramainya peniaga air balang di bazar Ramadan. Sebelum mula berniaga air balang, anda perlu tahu cara guna ais yang betul.

Nak tarik orang ramai untuk datang membeli bukanlah sekadar dengan memanggilnya, tapi peniaga air balang kena pastikan airnya sedap walaupun aisnya mula mencair.

Menurut Zamzariena Mat Isa, tips ini dikongsikan oleh kenalannya di Facebook yang merupakan seorang peniaga air balang. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Cara Buat Acuan Tepung Pelita Tanpa Lidi Dan Stapler, Lebih Selamat Makan!

TIPS PENGGUNAAN AIS UNTUK PENIAGA AIR BALANG

peniaga air balang

Kredit Gambar: Facebook Nur Amalina

1. Kenali jenis ais yang nak digunakan.

  • Kiub
  • Ais baby
  • Ais hancur
  • Blok

2. Kena tahu penggunaan ais yang sesuai mengikut jenis air.

Ais blok sesesuai digunakan untuk perniagaan air soya. Peniaga air soya biasanya tak gunakan ais baby atau kiub di dalam balangnya dan mereka akan letak berasingan. Mereka meletakkan ais block ini pun sekadar syarat untuk menyejukkan air soya yang ada di dalam balang.

Ais hancur pula biasanya digunakan oleh mereka yang berniaga ice blended seperti air mangga atau dragon fruit. Jika anda perasan, mereka yang berniaga air yang berasaskan big cup juga menggunakan ais hancur.

3. Gunakan jenis ais yang betul mengikut keadaan trafik.

  • Pelanggan terlalu ramai

Jika pelanggan terlalu ramai, peniaga air akan menggunakan baby ice kerana lebih untung. Apabila ais padat di dalam cawan, penggunaan air di dalam cawan akan menjadi minimun.

  • Pelanggan sendu atau tak berapa ramai

Berbeza pula jika pelanggan tak terlalu ramai, peniaga air akan menggunakan ais kiub kerana saiznya yang besar. Apabila besar, ia akan jadi lambat cair.

Jadi, ia sangat sesuai buat peniaga air yang berniaga di kawasan tak ramai orang. Bukan setakat ais lambat cair, malah kualiti air masih terjaga dari segi tekstur rasanya serta warnanya.

peniaga air balang

Kredit Gambar: Facebook Nurul Amira

Tips penggunaan ais ini sangat berguna untuk diamalkan oleh peniaga air balang sewaktu berniaga, terutama di bazar Ramadan. Nak mula berniaga air balang, boleh guna tips ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Nur Amalina

Sumber: Zamzariena Mat Isa

Baca juga: Sukatan Gula Yang Betul Untuk Air Jamuan, Manis Cukup Rasa Bila Diminum!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN