Resipi Tortilla Quiche ini sesuai dijadikan menu sarapan yang ringkas, mengenyangkan dan mudah disediakan. Menggunakan tortilla wrap sebagai lapisan luar, inti quiche pula dibuat daripada campuran telur dan cottage cheese yang menghasilkan tekstur lembut dan berkrim.
Untuk melengkapkan hidangan, pelbagai jenis sayur boleh ditambah mengikut pilihan. Resipi ini menggunakan tomato plum, bawang merah dan bayam, kemudian ditaburkan dengan keju mozzarella untuk memberikan rasa yang lebih enak.
Menariknya, Resipi Tortilla Quiche ini hanya perlu dimasak menggunakan air fryer. Selepas semua bahan dimasukkan ke dalam tortilla, bakar pada suhu 170°C selama 15 minit sehingga telur masak dan keju cair. Memang mudah untuk disediakan apabila anda mahukan sarapan yang cepat tanpa banyak persiapan.
Baca juga: Resipi Tortilla Ayam Dengan Isi Melimpah, Ini Petua Supaya Tak Mudah Koyak Bila Balut
RESEPI TORTILLA QUICHE

Bahan-bahan:
- 1 keping tortilla wrap
- 3 biji telur
- 80g cottage cheese
- Tomato plum secukupnya
- Bawang merah secukupnya
- Bayam secukupnya
- 30g keju mozzarella
- Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan telur, cottage cheese, garam dan lada sulah ke dalam mangkuk. Pukul sehingga semua bahan sebati.
- Letakkan tortilla wrap ke dalam bekas atau loyang yang sesuai untuk air fryer.
- Tuangkan campuran telur dan cottage cheese ke atas tortilla wrap.
- Masukkan tomato plum, bawang merah dan bayam. Gaulkan sedikit supaya bahan tersebar sekata.
- Taburkan keju mozzarella di atasnya.
- Panaskan air fryer terlebih dahulu, kemudian bakar pada suhu 170°C selama 15 minit menggunakan fungsi bake.
- Setelah telur masak dan keju cair, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Sumber: Maddie Food & Lifesyle
Baca juga: Resipi Nachos Rangup Guna Kulit Tortilla, Cicah Dengan Isi Daging Bolognese
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

