Spaghetti Ayam Creamy Truffle ini memang terasa seperti hidangan ala kafe! Ayam yang rangup dan berempah dipadankan dengan pasta yang lembut serta sos berkrim beraroma truffle. Gabungan tekstur dan rasa ini menjadikan setiap suapan begitu menyelerakan.

Sosnya yang pekat berlemak dilengkapi dengan keju serta herba untuk rasa yang lebih seimbang. Ayam pula diperap dengan campuran rempah, sos tiram dan madu sebelum dimasak hingga garing di luar dan kekal juicy di dalam.

Mudah sahaja untuk disediakan di rumah, tetapi hasilnya nampak begitu mewah. Sesuai dinikmati sebagai hidangan makan tengah hari atau makan malam, terutama apabila teringin sesuatu yang istimewa tanpa perlu ke kafe. 

Baca juga: Creamy Chicken Mushroom Viral, Hanya Perap Ayam Guna Yogurt Buat Isi Lebih Lembut & Juicy

Spaghetti Ayam Creamy Truffle

spaghetti ayam creamy truffle

Bahan-bahan:

Untuk ayam:

  • Ayam (peha/dada, ikut suka)
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk onion powder
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak

Untuk spageti:

  • 1 paket spageti
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji bawang Holland, cincang halus (optional)
  • 1 kotak cooking cream
  • 2 sudu besar susu full cream
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil truffle oil/truffle sauce
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Keju Parmesan/Mozzarella secukupnya (optional)

Cara-cara: 

  1. Perap ayam dengan serbuk bawang putih, sos tiram, madu, paprika, onion powder, mixed herbs, lada hitam, garam dan minyak. Gaul hingga sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam sehingga keperangan dan masak sepenuhnya. Angkat dan hiris ayam mengikut saiz yang disukai.
  3. Rebus spageti dalam air yang telah dicampur sedikit garam sehingga “al dente”. Toskan dan ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama, cairkan butter. Tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga wangi dan lembut.
  5. Masukkan cooking cream dan susu full cream. Kacau rata dan masak dengan api kecil.
  6. Perasakan dengan mixed herbs, lada hitam dan garam. Masukkan truffle oil atau truffle sauce dan kacau sebati.
  7. Masukkan spaghetti yang telah direbus. Gaul sehingga sos berkrim menyelaputi keseluruhan spaghetti.
  8. Taburkan keju Parmesan atau mozarella jika suka. Gaul seketika sehingga keju cair.
  9. Hidangkan spageti bersama ayam yang telah dimasak. Siap! 

Tip: Jangan masak sos terlalu lama selepas memasukkan truffle oil supaya aroma truffle kekal lebih harum.

Sumber: minnnluna

Baca juga: Creamy Spaghetti Carbonara Viral Guna 2 Tin Sos Ini Buat Ramai Terus ‘Ketagih’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending