resepi tortilla wrap

Mencari hidangan cepat dan mengenyangkan? Resepi tortilla wrap ayam ini adalah pilihan terbaik untuk anda yang sibuk tetapi mahukan hidangan berkhasiat. Gabungan ayam rangup dan sayuran segar pasti menambat selera seisi keluarga.

Menariknya, menu ini sangat fleksibel kerana anda boleh pelbagaikan sos atau menambah keju mengikut cita rasa sendiri. Ia juga sangat praktikal dijadikan bekal ke pejabat atau sekolah kerana mudah dibawa dan tidak susah untuk dimakan.

Penyediaannya sangat ringkas dan tidak memerlukan kemahiran memasak yang tinggi. Dengan hanya beberapa bahan asas di dapur, anda boleh hasilkan wrap homemade yang sedap.

Baca juga: Resipi Wrap Daging Untuk Sahur, Guna Bahan Ringkas Tapi Mengenyangkan!

RESEPI TORTILLA WRAP AYAM

resepi tortilla wrap

Bahan-bahan:

  • 1 pek tortilla wrap (pilihan: original, wholemeal atau garlic)
  • 2 ketul dada ayam (dipotong kecil atau dihiris nipis)
  • 3 sudu besar tepung ayam goreng segera (pedas atau original mengikut selera)
  • Sayuran segar: salad, kubis ungu, lobak merah (disagat) dan hirisan bawang merah.
  • Sos pilihan: sos cili, sos BBQ, mayonis atau sos keju (cheese sauce).

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, perap ayam dengan tepung ayam goreng segera yang dicampur dengan sedikit air. Gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian, goreng ayam sehingga masak dan berwarna kuning keemasan. Ketepikan.
  3. Panaskan kepingan tortilla di atas kuali rata (pan) tanpa minyak selama beberapa saat untuk setiap sisi. Langkah ini penting supaya tortilla menjadi lebih lembut dan tidak mudah koyak semasa digulung nanti.
  4. Ambil sekeping tortilla yang telah dipanaskan. Susun sayur-sayuran kegemaran anda seperti salad dan kubis di bahagian tengah. Kemudian, letakkan beberapa ketul ayam goreng yang telah digoreng tadi.
  5. Paipkan sos pilihan anda (sos cili, mayonis atau sos keju) mengikut citarasa. Lipat bahagian bawah tortilla ke atas, kemudian gulung dengan kemas dari sisi kiri ke kanan.
  6. Tortilla ayam anda kini sedia untuk dinikmati. Jika mahu lebih sedap, anda boleh panggang sekejap tortilla yang telah digulung tadi di atas kuali supaya ia lebih garing di luar.

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN