resepi nachos

Entri kali ini, MyResipi ingin berkongsi resepi nachos bersama isi daging cincang bolognese. Jika sebelum ini sering beli di kedai, sekarang kita cuba buat sendiri supaya lebih jimat.

Mula-mula, kita akan hiris roti wrap tortilla menjadi bentuk segi tiga dan menggorengnya dengan api sederhana hingga perang. Hasilnya, nachos akan jadi rangup dan sempurna untuk dicicah.

Setelah digoreng, biarkan nachos sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya.

Baca juga: Resipi Sosej Homemade Guna Isi ayam, Lebih Sihat Untuk Anak

RESEPI NACHOS RANGUP DENGAN ISI DAGING BOLOGNESE

resepi nachos

Bahan nachos:

  • 1 bungkus roti wrap tortilla. Hiriskan menjadi segi tiga dan goreng dengan api sederhana hingga perang. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara untuk kekal rangup.

Bahan cicah:

  • 1 pek daging cincang (bilas bawah air sebelum dimasak)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 3 sudu besar krimer sejat
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
  • 1 sudu kecil oregano
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air (mengikut kepekatan bahan cicah yang disukai)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu. Masukkan daging dan tumis lagi hingga masak.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan yang berbaki satu persatu sambil dikacau hingga sebati. Bila sudah mendidih dan pekat, matikan api. Siap dan sedia dihidangkan.

resepi nachos

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Fish & Chips Homemade, Resipi Lengkap Dengan Sos Tartar Yang Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN