
Bagi yang sedang mencari menu sihat dan mudah disediakan, sayur labu air campur bayam dan cendawan boleh menjadi pilihan yang sesuai untuk hidangan harian. Masakan berkuah bening ini bukan sahaja ringan, malah cukup menyelerakan walaupun dimakan begitu sahaja tanpa banyak lauk tambahan.
Kombinasi labu air yang lembut, bayam segar, cendawan dan bebola ikan menjadikan hidangan ini lebih lengkap dengan rasa manis semula jadi daripada sayur-sayuran. Kuahnya pula terasa lebih wangi hasil tumisan bawang dan lada hitam yang menaikkan lagi selera.
Menariknya, resipi sayur labu air ini menggunakan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaannya juga sangat ringkas. Sesuai untuk mereka yang sibuk tetapi masih mahu menyediakan hidangan homemade yang lebih sihat untuk keluarga.
Baca juga: Resipi Bayam Goreng Brazil Crunchy, Sayur Biasa Jadi Snek Rangup Yang Sedap Dikunyah
RESEPI SAYUR LABU AIR CAMPUR BAYAM DAN CENDAWAN

Bahan-bahan:
- 1 biji labu air (dipotong kecil)
- 1 ikat bayam (dibersihkan)
- Cendawan secukupnya
- Bebola ikan secukupnya
- Air secukupnya (ikut banyak mana kuah yang diinginkan)
- Garam dan perasa secukup rasa
- Sedikit minyak masak
Bahan tumbuk:
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 10 biji lada hitam
Cara-cara penyediaan:
- Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga sedikit lumat.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan wangi.
- Masukkan air mengikut jumlah kuah yang diinginkan. Biarkan sehingga air mula mendidih.
- Masukkan potongan labu air dan masak sehingga lembut.
- Selepas itu, masukkan bayam, cendawan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan bebola ikan dan kacau sebati sehingga semuanya masak.
- Tutup api dan hidangkan sayur labu air campur bayam dan cendawan ketika masih panas.
Sumber: Nor Azah Nazarudin
Baca juga: Resipi Sayur Labu Masak Lemak Simple Tapi Padu, Menu Kampung Yang Buat Bertambah Nasi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














