sayur labu masak lemak

Sayur labu masak lemak antara lauk kampung yang berlemak, manis-manis labu dan cukup menyelerakan bila makan panas dengan nasi putih. Menu macam ini memang takkan pernah jemu makan.

Kadang-kadang bila balik kerja atau hujung bulan, kita memang cari lauk yang ringkas tapi puas hati. Dengan bahan asas macam labu, santan dan sedikit bahan tumbuk, dah boleh siap satu periuk sayur masak lemak yang membuka selera.

Menariknya resipi ini, rasa lemak santan digabung dengan kemanisan semula jadi labu menjadikan kuah lebih berkrim dan sedap. Nak tambah pucuk labu, bayam atau kacang panjang pun boleh ikut cita rasa masing-masing.

Baca juga: Resipi Pea Sprout Goreng Udang Ringkas Tapi Sedap, Jangan Gaul Lama Kalau Nak Kekal Rangup!

RESIPI SAYUR LABU MASAK LEMAK

sayur labu masak lemak

Bahan-bahan:

  • 1/4 biji labu (potong sederhana)
  • 1 genggam pucuk labu/bayam/kacang panjang (pilihan)
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecil serbuk kunyit)
  • 2-3 ekor ikan bilis (pilihan)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih dan kunyit hingga halus.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan cair. Kacau sebati sebelum buka api supaya santan tidak pecah.
  3. Masukkan labu dan ikan bilis. Masak menggunakan api sederhana sehingga labu mula lembut.
  4. Setelah labu empuk, masukkan santan pekat bersama sayur tambahan seperti pucuk labu, bayam atau kacang panjang jika suka.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut citarasa.
  6. Kacau perlahan-lahan supaya labu tidak hancur dan santan kekal cantik berlemak. Bila kuah mula mendidih kecil, terus tutup api.

Sumber: Amy Myza

Baca juga: Resipi Sup Timun Sumbat Lembut & Anak Pun Suka, Tak Sangka Sayur Ini Boleh Jadi Menu Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN