sambal bilis kentang

Jika anda sedang mencari lauk sahur yang ringkas tetapi cukup menyelerakan, resepi sambal bilis kentang ini memang wajib cuba. Gabungan ikan bilis yang rangup bersama kentang goreng dan sambal pedas beraroma memang buat selera bertambah, lebih-lebih lagi bila makan dengan nasi panas.

Menu ini bukan sahaja mudah disediakan, malah bahan-bahannya juga sangat ringkas dan biasanya memang sudah ada di dapur. Sesuai untuk ibu-ibu yang mahu sediakan lauk sahur cepat tanpa perlu berlama-lama di dapur.

Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur!

RESEPI SAMBAL BILIS KENTANG

sambal bilis kentang

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis (dibersihkan dan ditoskan)
  • Kentang (dipotong dadu atau hiris nipis)
  • Bawang putih
  • Bawang merah kecil
  • Bawang besar (dihiris)
  • Cili api merah dan hijau (ikut tahap kepedasan)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Gaulkan kentang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak dan keemasan. Angkat dan toskan.
  3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili api sehingga lumat atau separa lumat mengikut tekstur yang disukai.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk bersama hirisan bawang besar sehingga naik bau dan sedikit garing.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Masukkan kentang goreng dan gaul rata bersama sambal.
  7. Tutup api, kemudian barulah masukkan ikan bilis goreng. Gaul perlahan supaya ikan bilis kekal rangup.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Shila Md Nor

Baca juga: Resipi Sambal Kering Ikan Bilis Kacang Rangup, Boleh Buat Stok Untuk Makan Sahur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN