sup timun sumbat

Sup timun sumbat antara hidangan unik yang mungkin ramai tak pernah cuba, tapi sekali rasa memang boleh jatuh cinta. Bau sup yang wangi dengan isi ayam yang lembut dalam timun buatkan hidangan ini lebih menyelerakan.

Kalau di rumah ada anak kecil yang susah makan sayur, resipi ini boleh jadi “trick”. Timun yang lembut bila dimasak bersama sup bukan saja sedap, malah tak rasa pelik untuk budak-budak makan. Lagi menarik, sup ini tak berminyak dan sesuai untuk hidangan harian.

Jika ada yang ingin mencuba, lihat resipi penuh perkongsian oleh Thip Pha Wan untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya..

Baca juga: Sup Ikan Siakap Ala Stim Limau Berkuah Banjir, Masam Segar Hirup Panas-Panas Memang Layan

RESIPI SUP TIMUN SUMBAT

sup timun sumbat

Bahan inti timun:

  • Daging ayam cincang
  • Carrot (hiris halus)
  • Bawang putih (dicincang/ditumbuk)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Suhun (direndam lembut)
  • Perasa (garam/kiub pati ayam/lada sulah ikut cita rasa)

Bahan utama:

  • Timun (dibuang bahagian tengah / biji)

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong timun ikut saiz yang sesuai. Kemudian korek bahagian tengah dan bijinya sehingga menjadi ruang untuk diisi.
  2. Gaulkan ayam cincang, carrot, bawang putih, daun bawang, suhun dan perasa sehingga sebati. Pastikan adunan cukup lembap supaya mudah disumbat.
  3. Isikan campuran inti ke dalam timun sehingga padat. Jangan terlalu penuh supaya isi tak terkeluar masa dimasak.
  4. Didihkan air dalam periuk dan buat sup mengikut cara anda.
  5. Biarkan sup mendidih dengan api sederhana sehingga ayam dalam inti masak sepenuhnya dan timun menjadi lembut.
  6. Tambah sedikit garam atau lada sulah jika perlu. Hidang panas-panas untuk rasa paling sedap dan wangi.

Sumber: Thip Pha Wan

Baca juga: Resipi Sup Sayur Sawi Yang Ringkas & Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur, Sedap Berkhasiat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN