
Resepi pea sprout semakin terkenal dalam kalangan peminat sayur hijau yang sukakan hidangan ringkas tapi berkhasiat. Kalau anda jenis suka menu cepat siap untuk makan tengah hari atau malam, resipi ini memang sesuai sangat untuk dicuba.
Dalam kesibukan harian, ramai yang cari lauk ringkas tapi tetap sedap dan sihat. Pea sprout atau tauge hijau ini bukan sahaja rangup bila dimasak, malah ia juga sering dikaitkan dengan manfaat untuk kesihatan termasuk membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
Menu goreng ringkas seperti ini memang jadi pilihan bila tak ada idea nak masak apa. Dengan hanya beberapa bahan asas di dapur, anda dah boleh hasilkan hidangan sayur yang sedap, wangi dan menyelerakan.
Baca juga: Resipi Kangkung Belacan Kisar, Sekali Cuba Terus Jadi Lauk Kegemaran Keluarga
RESEPi PEA SPROUT TUMIS UDANG

Bahan-bahan:
- 1 paket pea sprout (taugeh hijau)
- Isi udang (ikut suka banyak mana)
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 1/2 sudu sos tiram
- Secukup rasa (perasa)
Cara-cara pnyediaan:
- Tumbuk kasar bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi sehingga sedikit lumat.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
- Masukkan isi udang dan kacau sehingga udang mula masak.
- Tambahkan sos tiram dan sedikit air untuk bagi kuah lebih sebati.
- Masukkan pea sprout dan gaul cepat supaya sayur kekal rangup.
- Perasakan dengan secukup rasa. Biasanya tak perlu tambah garam lagi kerana sos tiram sudah cukup masin.
- Bila semua dah sebati dan sayur masih segar rangup, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Yanti Zidi
Baca juga: Resipi Sambal Totok Jawa, Makan Dengan Telur Goreng Pun Dah ‘Syahdu’ Habis!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














