sup telur dadar

Kalau nak jimat tapi kat rumah cuma ada telur, jom cuba resipi sup telur dadar yang mudah, cepat dan menyelerakan ini.

Hanya perlu beberapa bahan asas tapi sudah cukup untuk menghasilkan sup yang sedap. Tekstur telur yang lembut dalam kuah panas membuatkan setiap suapan terasa puas.

Anda juga boleh tambahkan sayur-sayuran yang disukai untuk lebih berkhasiat. Dari kanak-kanak hingga orang dewasa pasti suka.

Baca juga: Resipi Sambal Telur Berlado, Bukan Saja Sedap Tapi Lauk Jimat Tengah Bulan!

CARA MASAK SUP TELUR DADAR

sup telur dadar

Bahan-bahan:

  • 2-3 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa tambahan
  • Sayur-sayuran (jika suka)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumbuk atau cincang bawang merah dan bawang putih hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk atau kuali. Masukkan telur dan goreng sehingga masak sedikit, macam buat telur dadar tapi jangan terlalu garing.
  3. Masukkan air secukupnya ke dalam telur yang sudah masak tadi. Biarkan sedikit mendidih.
  4. Masukkan bawang yang telah ditumbuk. Gaul perlahan-lahan.
  5. Perasakan dengan garam atau perasa lain ikut selera.
  6. Jika suka, boleh tambah sayur-sayuran untuk lebih berkhasiat.
  7. Sup telur dadar siap untuk dihidangkan! Mudah, cepat dan sedap

Sumber: Farah Din

Baca juga: Resipi Sup Telur Ringkas Untuk Makan Tengah Hari, Memang Layan Dijamah Dengan Nasi Panas

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN